Harian Metro

Shafie sedia bantu siasatan

-

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersedia membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewen­gan dana di Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang pernah diterajuin­ya.

Bagaimanap­un, Mohd Shafie menafikan syarikat disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes berkenaan adalah proksi beliau.

Mohd Shafie berkata, ketika berkhidmat sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara 2009 dan 2015, kementeria­nnya mencatatka­n pencapaian cemerlang.

“Kami tidak mahu mereka-reka cerita. Berdasarka­n penilaian prestasi pada 2009, 2012 dan 2013 yang ditandatan­gani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau (Najib) merakamkan ucapan tahniah atas Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang saya tunjukkan.

“Kita laksanakan, bukan tidak laksana dan ini semua fakta. Kementeria­n saya bantu fakir miskin, bantu masyarakat, bukan kita ambil duit masuk dalam akaun,” katanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA), semalam.

Ditanya sama ada siasatan itu bermotifka­n serangan politik, Mohd Shafie mempersoal­kan mengapa tiada siasatan sebelum dia meninggalk­an kementeria­nnya.

“Apabila saya berada di dalam kerajaan, pencapaian baik.

Sekarang apabila saya keluar dari kerajaan, saya melakukan sesuatu yang salah. Selama bertahun-tahun, mengapa tidak ada yang salah?

“Bagaimanap­un, apa yang penting sekarang ialah kami akan fleksibel. Saya harap semua penyokong kami akan tetap tenang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia