Harian Metro

HATI-HATI DENGAN NIAT

-

Apa tujuan kita melakukan sesuatu kebaikan? Adakah untuk Allah SWT sayang atau supaya orang lain kagum? Hati-hati dengan niat kerana niat membezakan amal kita dikira adat atau ibadat.

Niat menentukan sesuatu ibadat menjadi sah atau batal. Salah niat, amal soleh dilakukan boleh mengheret ke neraka.

Istighfar sejenak dan perbaharui niat. Bukan sekali tugas ini tetapi buatlah banyak kali. Pasakkan dalam diri, saya nak jadi orang baik kerana Allah SWT.

Saya mahu mencari wajah Allah, mencari keredaan-Nya, mengelak kemurkaan-Nya, mencari pahala dan balasan akhirat serta mencari darjat yang tinggi iaitu syurga Firdaus.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Aku adalah dzat yang tidak memerlukan sekutu. Barang siapa beramal dengan satu amalan yang dia menyekutuk­an Aku di dalamnya, maka aku akan meninggalk­annya dan juga sekutunya.”

(Riwayat Muslim)

Ya Allah, andai tersalah niat, pahalanya lenyap, murka-Nya pula menghingga­p. Lalu, mampukah mengharapk­an syafaat atau sekadar beroleh penat?

Pada peringkat awal berhijrah menjadi lebih baik, niat kita mungkin suci bersih. Namun, tahukah kita, ada pembunuh senyap kepada niat kita?

Pembunuh senyap itu ialah perasaan kagum pada diri sendiri tatkala mendengar pujian orang. Bahayanya perasaan itu menyebabka­n kita mula rasa duduk di zon selesa lalu amalan membaiki diri pun berhenti.

Atau kita hanya berperilak­u baik apabila ada dorongan ‘orang’ dan berhenti apabila tiada ‘orang’ yang melihat.

Kita kecewa lama-lama apabila kita dikeji dan tidak dipuji.

Rasulullah SAW pernah bercerita mengenai tiga golongan saat diadili di hadapan Allah SWT: “Dan orang yang belajar ilmu dan mengajarka­nnya serta membaca al-Quran. Ia pun didatangka­n (untuk diadili), lalu Allah menampakka­n nikmatnikm­at-Nya kepadanya.

Lalu bertanya: “Apa yang kamu lakukan ketika di dunia?” Dia menjawab: “Aku belajar ilmu dan mengajarka­nnya serta membaca al-Quran demi Engkau.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kamu berdusta! Kamu belajar ilmu agar kamu disebut sebagai seorang qari. Ini semua sudah kamu dapatkan.”

“Kemudian diperintah­kan kepadanya supaya dia dicampakka­n dan dilemparka­n ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

Kita sangka kesudahan kita pasti baik dan segala penat lelah seumur hidup membaiki diri itu akan menghadiah­kan kita kediaman terindah di dalam syurga.

Sufyan Ats-Tsauri berkata: “Tidaklah aku mengubati sesuatu yang lebih sulit daripada memperbetu­lkan niatku.”

Menyedari kelemahan diri, marilah kita selalu memberi ubat ‘istighfar’ kepada hati kita. Tanyalah selalu kepada hati: “Mengapa saya ingin berhijrah menjadi lebih baik?”

Makanan kesihatan bagi hati juga adalah doa. Dengan doa, semoga ia bersih daripada riyak dan syirik.

Rasulullah SAW mengajar kita membaca doa ini setiap pagi dan petang:

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada menyekutuk­an-Mu dengan sesuatu apa pun padahal aku mengetahui­nya dan aku memohon ampun kepada-Mu untuk apa yang tidak aku ketahui.”

Jangan pula kerana ketakutan kepada ‘pujian orang’ menyebabka­n kita tidak mahu melakukan ‘amal soleh’ ini.

Dalam buku al-Azkar karya al-Imam al-Nawawi, beliau menjelaska­n meninggalk­an sesuatu kerana ‘orang’ (takut orang puji, takut orang kata kita riyak dan sebagainya), itu juga sebenarnya ‘riyak’.

Ini kerana kita melakukan sesuatu kerana dikongkong orang, bukannya daripada kehendak dalaman yang mahukan Allah sematamata.

Justeru, kita perlu berdoa selalu kepada Allah SWT supaya Dia melindungi kita daripada riyak dan syirik setiap pagi dan petang.

Setiap waktu, berusahala­h membina semula hubungan dengan Allah SWT. Doa bertambah kuat pada waktu mustajab seperti waktu sahur, sujud, ketika menanti solat, ketika turun hujan, pada bulan Ramadan, pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan waktu umrah dan haji.

Boleh juga berdoa dengan doa yang terpilih daripada al-Quran dan hadis.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenanka­n bagimu.” (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Dalam satu lagi firman Allah SWT bermaksud: “Dan apabila hambahamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasany­a Aku adalah dekat. Aku mengabulka­n permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan

Jadi penentu sama ada amal kita dikira adat atau ibadat

hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Nabi Muhamad SAW juga bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah

Maha Malu lagi Maha

Mulia, Dia malu jika seseorang menadahkan kedua-dua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembali­kannya dalam keadaan kosong dan hampa.” (Riwayat Muslim)

Maksiat perlu dibasuh dengan taubat. Sebesar mana sekalipun maksiat itu, keampunan-Nya lebih besar. Pohonlah taubat pagi dan petang.

Allah SWT berfirman dalam hadis Qudsi:

“Wahai Anak Adam, selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, maka aku akan mengampuni­nya seberapa besar pun kesalahanm­u dan aku tidak peduli.” (Riwayat Tirmidzi dan ia berkata, ‘Hadis Hasan’)

Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

 ??  ?? Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada menyekutuk­an-Mu dengan sesuatu apa pun padahal aku mengetahui­nya dan aku memohon ampun kepada-Mu untuk apa yang tidak aku ketahui”
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada menyekutuk­an-Mu dengan sesuatu apa pun padahal aku mengetahui­nya dan aku memohon ampun kepada-Mu untuk apa yang tidak aku ketahui”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia