Harian Metro

Kahak tidak tergolong najis

-

Bagaimanak­ah dengan kahak yang keluar daripada badan seseorang, adakah ia dikira suci atau tidak? Apakah pula bezanya antara kahak dan tali benang yang ditelan seseorang yang berpuasa di mana sebahagian­nya masuk ke dalam perut dan sebahagian lagi masih berjuntai di luar mulut? (Jika tali itu dikeluarka­n semula) dan muntah, adakah ia dikira sebagai najis?

Kahak tidak dihukum sebagai najis kerana ia bukan keluar daripada uncang perut tetapi hanya daripada bahagian kerongkong atau dadanya.

Berlainan dengan muntah atau tali yang ditelan separuhnya kemudian dikeluarka­n semula. Ia keluar daripada uncang perut. Oleh sebab itu kedua-duanya dikira bernajis.

Sehelai kain yang terkena najis dimasukkan ke dalam satu baldi dan dijirus air secara berterusan tanpa henti sehingga tenggelam kain itu di dalam baldi.

Adakah kain itu dikira sudah suci atau tidak?

Kain itu dikira suci sekiranya air yang dijirus itu dilakukan secara berterusan pada urf.

Jika tidak dilakukan secara berterusan, air yang dijirus atau dituangkan secara sedikit itu dikira bernajis kerana ia mendatangi ke atas sesuatu yang bernajis.

Bagaimanak­ah pula jika sekiranya dijirus air ke atas kain berkenaan tetapi tidak tenggelam semuanya, lalu ditekankan dengan tangan atau dijolok dengan kayu sehinga semua kain berkenaan tenggelam?

Adakah menjadi suci kain itu atau tidak kerana tidak dituangkan air ke atasnya sehingga tenggelam tetapi ditekankan ke dalam air sehingga ia menjadi tenggelam semuanya?

Sama juga seperti masalah di atas, kain yang tidak tenggelam itu dikira masih bernajis.

Apabila ia ditekankan atau dijolok dengan kayu sehingga semuanya menjadi tenggelam, maka menyebabka­n air di dalam baldi itu menjadi najis disebabkan masuk ke dalamnya sesuatu yang bernajis.

Bagaimana sekiranya mulut seseorang terkena najis lalu dia mencedok air dengan tangannya untuk berkumur-kumur dan membasuh mulutnya, sedangkana­ir di tangannya masih berbaki?

Adakah baki air di tangannya dikira bernajis dan bagaimanak­ah pula dengan mulutnya?

Tidak memberi mudarat baki air di tangannya kerana ia mendatangi tempat yang terkena najis. Ini bererti, mulutnya menjadi suci dan baki air di tangannya tidak menjadi najis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia