Harian Metro

REZEKI SI TUKANG BUBU

-

Menurutnya, bubu diperbuat daripada buluh dan diikat menggunaka­n rotan adalah kemahiran diwarisi ayahnya ketika berusia 21 tahun.

Menurutnya, produk itu mendapat sambutan menggalakk­an peminat terutama pencari ikan di seluruh negara termasuk Singapura.

Dia yang sinonim dengan panggilan Din Bubu berkata, aktiviti itu diteruskan sebagai legasi keluarga kerana pada awalnya datuknya yang merintis pembuatan bubu itu.

Dia yang berasal dari Perak, sebelum ini hanya bekerja kampung dan berpindah ke Senawang sejak 2012, kerana isterinya bekerja

Alat tangkap ikan tradisiona­l masih mendapat sambutan dari seluruh negara

sebagai kakitangan kerajaan di sini.

“Saya mewarisi bakat ayah dan melihat ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan yang baik.

“Ketika ini pun saya menerima banyak tempahan pelbagai pihak terutama kalangan pencari ikan sungai selain mereka menggunaka­n bubu untuk tujuan hiasan.

“Kadangkala, saya perlu menyiapkan sehingga 100 bubu sebulan mengikut saiz kerana tempahan diterima dari seluruh negeri antaranya Pahang, Perak, Johor, Sabah, Sarawak, Kedah dan juga Singapura.

“Malah, ada kalanya saya terpaksa menyiapkan bubu sehingga jam 3 pagi kerana kerjanya nampak mudah tetapi perlu berhati-hati dan teliti terutama ketika meraut buluh untuk memastikan bubu dihasilkan berkualiti.

“Walaupun pelanggan memerlukan bubu dengan cepat tetapi saya perlu pastikan kekemasan dan ketahanan buatannya, malah bagi bubu hiasan ia perlu dilakukan lebih teliti supaya kelihatan lebih cantik,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Masrudin berkata, dia mengeluark­an pelbagai saiz bubu dengan saiz kecil ialah setengah meter panjang manakala yang paling besar dua meter panjang mengikut kehendak pelanggan.

Bapa kepada lima orang anak berusia antara empat hingga 25 tahun itu berkata, harga ditetapkan bagi setiap satu bubu ialah antara RM50 hingga RM350.

Menurutnya, bekalan buluh diperoleh di Jelebu, dekat sini, manakala rotan kasar dibeli daripada pencari rotan kalangan Orang Asli sekitar daerah ini dan rotan halus pula dibeli dari pembekal di Johor Bahru.

“Setakat ini, Alhamdulil­lah, produk saya hasilkan mendapat sambutan menggalakk­an dan dapat menampung perbelanja­an kami sekeluarga,” katanya.

 ??  ?? SALAH satu bubu yang sudah siap sepenuhnya.
MASRUDIN menunjukka­n proses membuat
bubu.
SALAH satu bubu yang sudah siap sepenuhnya. MASRUDIN menunjukka­n proses membuat bubu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia