Harian Metro

WAJIB DAPAT LESEN APDL

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengedarka­n surat pekeliling kepada syarikat media tempatan, minggu depan berhubung kelulusan menyiarkan iklan projek perumahan di platform media masing-masing.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pekeliling itu mewajibkan pemaju hartanah mendapatka­n Lesen Permit Pengiklana­n Pembanguna­n (APDL) terlebih dahulu daripada KPKT sebelum dibenarkan menyiarkan iklan di semua saluran media di negara ini.

Menurutnya, langkah itu usaha untuk membendung penipuan penjualan hartanah yang tidak mengikut undang-undang negara oleh pihak tidak bertanggun­gjawab yang dilihat menyalahgu­nakan saluran media untuk kepentinga­n peribadi.

“Langkah ini dilaksanak­an mengikut Peraturan 5, Akta 118 dengan APDL akan diwajibkan kepada pemaju hartanah yang membina lebih empat unit rumah sebelum mereka dibenarkan membuat sebarang iklan dalam mana-mana saluran media,” katanya selepas pelancaran Pameran Hartanah MyRumah siri keempat, di sini, semalam.

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) menyatakan syarikat perumahan tidak boleh mengiklank­an

 KPKT edar pekeliling kepada syarikat media tempatan minggu

depan mengenai kelulusan siar iklan projek perumahan

penjualan projek tanpa mendapat lesen daripada KPKT.

Beliau berkata, KPKT sedia membantu orang ramai yang menjadi mangsa kes penipuan penjualan rumah yang berlaku, baru-baru ini melalui bantuan pinjaman dikenali Skim Pinjaman Perumahan (SPP) bernilai hingga RM60,000.

“Kami mengalu-alukan mereka untuk memohon bantuan ini di mana mereka perlu memiliki tanah sendiri dan pendapatan isi rumah di bawah RM30,000. Bantuan ini perlu dibayar secara ansuran bulanan dengan caj perkhidmat­an rendah iaitu dua peratus saja. Jika mereka membayar dengan baik maka caj dua peratus ini akan dikecualik­an.

“Untuk mereka yang tidak memiliki tanah dan tinggal di bandar pula, kami akan memberi peluang kepada mereka untuk memohon rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai melawat kios pada pelancaran Pameran Hartanah MyRumah siri keempat, semalam.
ORANG ramai melawat kios pada pelancaran Pameran Hartanah MyRumah siri keempat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia