Harian Metro

IKUT PETUNJUK MIMPI

Mayat warga emas ditemui berpakaian lengkap dalam keadaan tertiarap dengan joran di bawah badan

- Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

Kehilangan warga emas, Zulkafli Shaari, 62, akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui berdekatan pokok Meranti di dalam hutan tidak jauh dari Sungai Selangor, dua kilometer dari pusat kawalan bomba (PKB), Pertak, Kuala Kubu Bharu jam 12 tengah hari semalam.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui Orang Asli Kampung Pertak, Jipi Haus, 60, dalam keadaan tertiarap dengan joran di bawah badannya.

Menurut Jipi, dia bersama dua anak dan seorang cucunya mencari di kawasan hutan sejak jam 9 pagi dan ketika tiba di kawasan itu dia terhidu bau busuk sebelum menemui mayat mangsa.

“Pada awalnya kami terhidu bau wangi tetapi lama kelamaan bau itu bertukar busuk.

“Bau itu membawa kami ke arah pokok itu dan menemui mayat mangsa di situ,” katanya.

Menurutnya, dia segera keluar ke jalan utama untuk mendapatka­n bantuan sebelum pasukan penyelamat tiba.

Terdahulu, Jipi berkata, dia menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu bagi memenuhi permintaan isteri selepas anak perempuan mereka yang berusia 32 tahun bermimpi mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, anak perempuann­ya bermimpi ternampak bayangan seperti roh berdekatan pokok besar di mana lokasi mangsa ditemui.

Menurutnya, petunjuk itu membawa dia ke sana dan berjaya menemui mayat berkenaan.

Zulkafli dilaporkan hilang selepas keluar memancing bersendiri­an jam 3 petang 27 September lalu dan usaha mencarinya dilakukan pasukan penyelamat sejak 29 September lalu.

Motosikal Modenas Kriss dinaiki mangsa dijumpai di dalam hutan pada hari kedua operasi SAR dilakukan dan menjadi petunjuk awal kepada pencariann­ya.

Bagaimanap­un, mangsa hanya dapat dijumpai pada hari kelapan SAR.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, mayat mangsa ditemui jam 12 tengah hari semalam 1.5 kilometer dari jalan raya di Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser.

Beliau berkata, pasukan penyelamat tiba di lokasi mangsa ditemui jam 1.45 tengah hari sebelum membawa mangsa naik ke atas.

 ??  ?? MAYAT Zulkafli (gambar kecil) ditemui kira-kira jam 12 tengah hari, s emalam.
MAYAT Zulkafli (gambar kecil) ditemui kira-kira jam 12 tengah hari, s emalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia