Harian Metro

NUAN NUAN FAHAM MELAYU

- BERNAMA

Penjaga panda berat hati berpisah namun akur perpindaha­n ke China

“Selamat tinggal Nuan Nuan, jaga diri baik-baik, jangan nakal-nakal di tempat baru, dengar cakap zoo keeper, di sana.”

Itu antara pesanan penjaga panda gergasi di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara kepada Nuan Nuan, anak panda berusia 26 bulan yang bakal dihantar pulang ke China 14 November depan.

Menyaksika­n pembesaran anak panda betina itu sejak ia dilahirkan pada 18 Ogos 2015 sehingga mencapai berat lebih 80 kilogram sekarang, Ahmad Nizam Zainuddin, 34, antara tujuh penjaga panda gergasi di GPCC menyifatka­n perpisahan itu satu perkara yang sangat berat buat dirinya.

“Daripada saiznya sekecil tapak tangan ketika dilahirkan sehingga ia berusia 26 bulan hari ini, Nuan Nuan umpama anak saya sendiri kerana hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama, selain menjaga ibu bapanya di GPCC.

“Sifatnya yang lincah, aktif dan manja itu begitu sukar dilupakan. Walaupun agak berat hati untuk berpisah dengan Nuan Nuan, sifatnya yang comel dan berdisipli­n itu akan dikenang sampai bila-bila,” katanya.

Berkongsi pengalaman­nya menjaga Nuan Nuan, Ahmad Nizam berkata, antara makanan kegemaran anak panda gergasi itu ialah kek panda seberat satu kilogram yang diperbuat daripada buah-buahan dan telur.

“Jika mahu Nuan Nuan bergerak ke mana-mana ataupun selepas membuat pemeriksaa­n kesihatan, kami akan memberi makanan kegemarann­ya sebagai ‘habuan’ kerana berdisipli­n dan dengar cakap kami.

“Istimewany­a Nuan Nuan boleh memahami arahan dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris kerana kami sentiasa bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris manakala seorang lagi petugas GPCC dari China berbahasa Mandarin dengannya,” katanya. Seorang lagi petugas GPCC, Syaza Syazwan Rusliberka­ta, pengalaman menjaga anak panda itu begitu istimewa dan unik buat dirinya kerana menguji daya kesabaran dan dapat melatih sifat penyayang.

Apabila diberi tugas menjaga pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang serta anaknya, Nuan Nuan, saya begitu teruja dan pada masa yang sama agak risau kerana penjagaan panda tidak sama seperti menjaga haiwan lain.

“Penjagaan anak panda umpama menguruska­n bayi manusia, ia memerlukan kesabaran tinggi serta pemantauan setiap masa sebab ia ada yang tidak menentu dan akan agresif jika berasa terancam.

“Namun, kini Nuan Nuan akan pulang ke China… walaupun sedih berpisah dengannya, kami percaya Nuan Nuan akan lebih gembira di tempat barunya,” katanya.

’Ibu angkat’ kepada pasangan panda gergasi itu, Chin Chet Mooi turut melahirkan rasa sedihnya apabila ‘cucunya’ bakal dihantar pulang ke China.

Mengimbau kembali ketika Liang Liang melahirkan anaknya, Chin berkata, beliau dan petugas zoo pada mulanya panik dengan kelahiran secara mengejut anak panda berkenaan, namun dengan peralatan yang mencukupi mereka dapat mengawal keadaan.

Katanya beliau begitu terharu apabila melihat Liang Liang menunjukka­n sifat keibuannya terhadap Nuan Nuan sejurus selepas kelahirann­ya.

“Liang Liang begitu melindungi anaknya sehingga tidak mahu kami menyentuh Nuan Nuan yang berada di pangkuanny­a ketika itu.

“Masa begitu cepat berlalu dan saya seolah-olah tidak percaya panda seberat 82 kilogram sekarang itu anak panda berwarna merah jambu yang berada di pangkuan Liang Liang lebih dua tahun lalu dan bakal pulang ke tempat asalnya tidak lama lagi,” katanya.

Penyerahan pulang anak panda gergasi itu adalah bagi mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabang­sa Konservasi Panda Gergasi antara kerajaan Malaysia dengan China yang memperuntu­kkan anak panda yang dilahirkan di Malaysia perlu diserah balik kepada China apabila berusia dua tahun.

 ?? FOTO: ASYRAF HAMZAH ?? NUAN Nuan bakal dibawa pulang ke negara kelahiran ibu bapanya, Xing Xing dan Liang Liang.
FOTO: ASYRAF HAMZAH NUAN Nuan bakal dibawa pulang ke negara kelahiran ibu bapanya, Xing Xing dan Liang Liang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia