Harian Metro

Penama Nuan Nuan sedih anak panda dipisah daripada ibu bapa

-

Individu yang menamakan anak panda gergasi Nuan Nuan yang akan dihantar pulang ke China bulan depan berasa sedih kerana tidak sanggup melihat haiwan itu dipisahkan daripada ibu bapanya.

Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, di sini, Oh Teik Peng, 54, berkata, walaupun sedih dengan perpisahan yang bakal berlaku, dia turut gembira kerana Nuan Nuan bakal ditemukan dengan pasangan jantan di habitat asalnya di China.

Oh sebelum ini menewaskan 22,829 peserta dalam Pertanding­an Menamakan Anak Panda Gergasi yang diadakan secara atas talian apabila nama Nuan Nuan bermaksud ramah mesra yang dicadangka­nnya terpilih.

“Nuan Nuan ibarat anak saya apatah lagi saya yang cadangkan nama itu selepas ia lahir di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara pada 18 Ogos 2015.

“Walaupun sedih, saya rasa gembira kerana Nuan Nuan yang juga panda betina bakal ditemukan dengan jodohnya di habitat asalnya.

“Panda gergasi ini hanya akan memiliki satu teman hidup untuk selama-lamanya dan sekiranya berada di habitat asalnya,

Nuan Nuan akan mendapat teman hidup dan seterusnya akan mempunyai keluargany­a sendiri,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berharap nama yang diberikann­ya dapat dikekalkan kerana ia bersesuaia­n dengan tabiatnya yang lemah lembut, periang serta melambangk­an semangat keharmonia­n hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dan China selama ini.

“Walaupun China mempunyai pilihan sama ada untuk mengekalka­n nama asalnya atau sebaliknya, saya berharap pihak Malaysia akan mencadangk­an agar nama Nuan Nuan dikekalkan,” katanya.

Oh yang masih bujang turut berhasrat ingin melawat Nuan Nuan untuk kali terakhir sebelum ia dipindahka­n ke habitat asalnya dan turut bercadang melawat anak panda itu sekiranya berpeluang melancong ke China.

Harian Metro semalam melaporkan, Nuan Nuan yang lahir pada 18 Ogos 2015 oleh pasangan Xing Xing dan Liang Liang kini berusia dua tahun akan dihantar pulang ke negara kelahiran ibu bapanya di Pengkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China pada 14 November depan.

 ??  ?? OH menunjukka­n gambar Nuan Nuan yang akan dihantar pulang ke Pengkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China pada 14 November depan.
OH menunjukka­n gambar Nuan Nuan yang akan dihantar pulang ke Pengkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China pada 14 November depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia