Harian Metro

TAK JAWAB PANGGILAN

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

Lelaki patah balik cari keluarga pilu dapat tahu adik ipar maut kemalangan

“Selepas beberapa kali panggilan tidak berjawab, saya berpatah balik dan mencari mereka.

“Empat kilometer selepas itu, kerisauan hati bertukar pilu bila dapat tahu keluarga terbabit dalam nahas,” kata Jani Lokman, 57, selepas adik iparnya maut dalam kemalangan di Kilometer 67.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Kuala Abang, Dungun, semalam.

Dalam kemalangan jam 8.40 pagi semalam, Shairani Su, 50, seorang pembantu makmal di Kolej Vokasional Kangar meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di seluruh anggota badan.

Nahas itu turut menyebabka­n dua anaknya, Wan Shazwan Alif Wan Husin, 23, dan Wan Shakir Wan Husin, 10, serta abang arwah, Rohimi Su, 53, selain ibu saudaranya,

Amnah Seman, 72, parah. Kejadian itu dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu Wan Mohd Shazwan dipercayai terbabas sebelum kenderaan itu terbalik.

Shairani yang berasal dari Kampung Santan Baruh, Kangar yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar dari kenderaan sebelum meninggal dunia.

Jani berkata, ketika kejadian, mereka berkonvoi bersama dua kenderaan dari Kangar, Perlis untuk ke rumah adik arwah yang tinggal di Balai Besar, Dungun.

“Dari Perlis kami bertolak jam 6 petang (kelmarin) dan sempat beberapa kali berhenti. Kali terakhir kami berehat empat jam di sebuah stesen minyak di Kuala Terengganu.

“Kami semua tidur dalam kenderaan di situ agak lama sebelum meneruskan perjalanan ke Dungun,” katanya.

Katanya, sepanjang perjalanan, dia kerap memandang cermin belakang untuk melihat kenderaan yang dinaiki mangsa sebelum hilang daripada pandangan sebaik tiba di Kampung Kuala Abang.

 ??  ??
 ?? FOTO: ROSLI ILHAM ?? ORANG ramai membantu anggota polis mengangkat jenazah mangsa.
FOTO: ROSLI ILHAM ORANG ramai membantu anggota polis mengangkat jenazah mangsa.
 ??  ?? KEADAAN kenderaan selepas kemalangan.
KEADAAN kenderaan selepas kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia