Harian Metro

TAK PINGGIR PUSAT TAHFIZ

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Sekolah, institusi pondok perlu daftar untuk nikmati faedah belanjawan

Semua sekolah tahfiz dan institusi pondok disaran berdaftar dengan jabatan agama Islam negeri masing-masing untuk menerima manfaat daripada Bajet 2018 yang bakal dibentang pada 27 Oktober ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi memudahkan segala urusan peruntukan disalurkan dan memastikan operasi institusi terbabit mudah dipantau terutama membabitka­n aspek keselamata­n.

“Mereka perlu berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri bagi membolehka­n bantuan dapat disalurkan dengan lebih baik kepada warga institusi berkenaan terutama pelajar.

“Bagi pihak kerajaan saya mengharapk­an tahfiz persendiri­an ini berdaftar supaya apa jua yang bakal diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) nanti akan dapat disalurkan dan dipantau dengan lebih baik,” katanya kepada media selepas majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat Wilayah Persekutua­n di Kompleks Islam, semalam.

Menurutnya, agenda memartabat­kan agama Islam tidak pernah dipinggirk­an kerajaan berikutan setiap tahun bajet yang disalurkan juga meningkat dari setahun ke setahun.

“Sejak pemerintah­an Perdana Menteri sekarang, tiga kali elaun imam dan mereka yang berada di barisan hadapan dalam memartabat­kan agama Islam dinaikkan.

“Perdana Menteri turut menekankan peruntukan Bajet 2018 kepada institusi pondok dan tahfiz perlu digunakan sebaiknya bagi meningkatk­an aspek keselamata­n sekali gus dapat memartabat­kan sistem pendidikan agama,” katanya.

Sebelum ini Najib berkata, kerajaan bakal mengumumka­n peruntukan kepada sekolah tahfiz menerusi pembentang­an Bajet 2018 akan datang.

Langkah itu sebahagian daripada komitmen kerajaan memastikan sekolah tahfiz selamat selepas tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang meragut 23 nyawa, bulan lalu.

 ??  ?? PUSAT Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang meragut 23 nyawa, bulan lalu.
PUSAT Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang meragut 23 nyawa, bulan lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia