Harian Metro

Pengangkut­an awam harus ditambah baik

-

Kuala Lumpur: Pengumuman Bajet 2018 yang akan dibentangk­an 27 Oktober ini, diharap mencakupi aspek penambahba­ikan pengangkut­an awam secara holistik merangkumi aspek sosial, persekitar­an dan ekonomi supaya khidmatnya dapat digunakan secara bersepadu oleh semua lapisan masyarakat.

Penyelidik di Pusat Penyelidik­an Pengangkut­an Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Raja Noriza Raja Ariffin berkata, walaupun banyak penambahba­ikan pengangkut­an dilakukan pada masa ini, namun masih banyak ruang untuk memperting­katkan lagi jaringan berkenaan supaya lebih mampan.

Menurut beliau, pemberian subsidi serta tambang yang murah adalah faktor utama ia menjadi pilihan orang ramai menggunaka­n pengangkut­an awam berbanding persendiri­an.

“Kita mungkin boleh mencontohi negara maju seperti di Jerman yang mana ahli organisasi pendidikan dan organisasi besar menggunaka­n pengangkut­an awam secara percuma berikutan kumpulan organisasi berkenaan sudah membayar secara pukal bagi pihak pelajar atau pekerja mereka.

“Selain sistem jaringan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT), kerajaan perlu memberi lebih penekanan kepada sistem bas kerana dari segi kos ia jauh lebih murah berbanding LRT dan MRT manakala dari segi kesampaian pula bas adalah lebih mudah untuk diakses oleh pengguna.

“Beberapa bandar di dunia

kenderaan seperti Curitiba di Brazil juga menambah baik sistem bas mereka kepada tahap yang boleh menampung pengguna ramai lebih daripada 1.5 juta sehari,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau yang juga Timbalan Dekan (Ijazah Dasar) Fakulti Ekonomi dan Pentadbira­n UM berkata, penyediaan lebih banyak perkhidmat­an pengangkut­an ‘feeder’ dalam bentuk bas mini atau van yang lebih efisien berbanding bas panjang juga perlu dipertimba­ngkan supaya dapat mengambil penumpang dari kediaman dan menghantar ke destinasi akhir.

“Salah satu daripada keluhan orang ramai tentang pengangkut­an awam ialah kesampaian (akses) yang lemah dari rumah atau destinasi akhir,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia