Harian Metro

‘JANGAN RISAU’

- Ibrahim Isa ibrahim@hmetro.com.my

angan risau.” Demikian maksud sekeping nota ditulis dalam bahasa Tamil yang ditemui polis di dalam rumah di Jalan Utama 41, Rini Residence, Mutiara Rini, di sini, iaitu lokasi empat beranak ditemui mati, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menemui lelaki berusia 53 tahun tergantung di dalam bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat manakala isterinya yang berusia 46 tahun ditemui di atas katil bersebelah­an ruang tamu di tingkat bawah.

Menurutnya, anak lelaki pasangan terbabit yang berusia 14 tahun dan perempuan berusia sembilan tahun ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di dalam bilik berasingan.

“Tiada sebarang kesan jenayah pada tubuh wanita berkenaan namun kami menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematianny­a.

“Kami menerima panggilan dari orang awam jam 2.30 petang mengenai penemuan empat mayat di rumah mangsa sebelum sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk ke rumah lelaki yang berniaga sebagai pemborong minuman keras itu,” katanya di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, polis turut menemui nota dipercayai ditulis lelaki itu yang ditinggalk­an di atas meja solek.

Katanya, kejadian disedari rakan lelaki terbabit yang berkunjung ke rumahnya untuk menemui si mati.

“Apabila tiba di rumah berkenaan, rakan lelaki terbabit menemui nota mengatakan pintu tidak dikunci dan sebaik masuk ke dalam rumah, dia terkejut melihat mayat di atas katil sebelum menghubung­i polis.

“Kami menyiasat pelbagai kemungkina­n sama ada daripada sudut perbuatan jenayah atau mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, pengawal keselamata­n yang juga orang kedua menemui mayat terbabit, B Yasuraj, 30, berkata, keluarga berkenaan peramah dengan suaminya dan sangat prihatin terhadap anak dan isteri.

“Sejak beberapa bulan lalu, setiap hari dia keluar rumah jam 10 pagi dan pulang hampir setengah jam kemudian.

“Dia hanya keluar beli makanan atau jemput anaknya dari sekolah, malah selalu beri saya makanan dan minuman.

“Cuma saya pelik hari ini (semalam), seharian dia tidak keluar dan pada jam 2.13 petang, ada lelaki datang ke pondok pengawal dan memberitah­u mahu pergi ke rumahnya,” katanya.

Menurutnya, dia melihat lelaki itu masuk kerana rumah mangsa kurang 100 meter dari pondok pengawal keselamata­n sebelum lelaki itu keluar sambil menjerit meminta tolong.

Katanya, hairan dengan tindakan cemas itu dia menemani lelaki berkenaan ke rumah mangsa sebelum melihat wanita terbaring di atas katil bersebelah­an ruang tamu tingkat bawah.

“Saya menghubung­i majikan sebelum memaklumka­n kejadian itu kepada polis.

“Saya tidak berani masuk ke rumah kerana khuatir mengganggu bukti dan siasatan,” katanya yang bekerja di kawasan

Empat beranak ditemui mati dalam rumah

perumahan itu sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, isteri lelaki berkenaan menghidap sakit buah pinggang kritikal hingga tidak boleh makan dan minum.

Katanya, dia pernah membantu suami wanita berkenaan memasukkan tiub ke tubuh wanita itu yang hanya boleh minum susu.

“Kedua-dua anak mangsa peramah dan baik. Kami terkejut dengan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, jirannya, C Kumaran, 46, berkata, keluarga berkenaan berpindah ke kawasan terbabit sejak Disember lalu selepas beberapa tahun menyewa di Taman Desa Skudai.

Menurutnya, pada awalnya, isteri mangsa masih boleh berjalan, tetapi beberapa bulan kebelakang­an ini, sakitnya semakin buruk menyebabka­n dia hanya terlantar.

“Mereka sekeluarga baik. Anak sulung belajar di sekolah menengah di taman ini manakala anak bongsu di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil di taman perumahan berhampira­n.

“Walaupun suaminya tidak pernah berkongsi masalah namun sejak dua bulan ini dia kelihatan murung, mungkin berdepan masalah menguruska­n isteri dan perniagaan­nya.

“Saya diberitahu ada kematian dan pada mulanya menyangka si isteri meninggal dunia kerana sakit sejak empat tahun lalu, namun terkejut apabila mendapati keempat-empat beranak itu menemui ajal sekali gus,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia