Harian Metro

KAYUH AMAL 635KM

- Norhadiani Baharom yanie@hmetro.com.my

Seramai 60 sukarelawa­n daripada pelbagai agensi terbabit dalam ekspedisi kayuhan amal dan bakal menempuh 635 kilometer perjalanan sempena acara

bermula 25 hingga 30 November ini.

Program anjuran Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) itu dilaksanak­an oleh Briged Sukarelawa­n Khidmat Negara (BSKN) dengan kerjasama Pinky Women Riders (PINKY).

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JLKN, Azlan Abd Majid, berkata, program yang membawa beberapa objektif penting antaranya menzahirka­n aspirasi kebajikan melalui sumbangan kepada rumah anak-anak yatim.

“Setakat ini, saya difahamkan dana yang sudah berjaya dikumpul untuk diagihkan kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih dan bakal dikunjungi ketika ekspedisi itu adalah sebanyak RM10,000.

“Pihak yang memberi sumbangan terdiri daripada individu perseorang­an, pihak NGO termasuk ahli BSKN dan PINKY sendiri,” katanya ketika berucap mewakili Ketua Pengarah JLKN, Datuk Mohmed Asri Yusof, pada Majlis Pra Perasmian Program Amal 635 KM Pinky Charity Ride with BSKN di Auditorium, Banggunan Zetro, JLKN, Wangsa Maju, di sini semalam.

Menurut Azlan, Pinky Charity Ride with BSKN adalah sebuah program diinspiras­ikan daripada kejayaan Ekspedisi Cabaran Sehati Sejiwa 1Like 1km yang diadakan pada 6 hingga 10 Oktober lalu.

Program yang turut membawa objektif utama bagi mempromosi­kan BSKN dan Program Khidmat Negara (PLKN 2.0) kepada masyarakat setempat itu, antara lainnya bertujuan menjejaki semula bekas pelatih PLKN dan menghebahk­an peraduan permainan secara talian iaitu

“Sepanjang laluan ini, konvoi berbasikal akan memperkena­lkan kem PLKN dan menjejaki kembali bekas pelatih PLKN yang mengikuti program PLKN sejak 2004.

“Bekas pelatih PLKN boleh mendaftar sebagai ahli BSKN melalui portal bskn.khidmatneg­ara.gov.my,”katanya. Berkonsepk­an

konvoi amal berbasikal ini membantu menyokong aktiviti semasa dalam membudayak­an amalan dan kepentinga­n keselamata­n jalan raya kepada penunggang basikal lain melalui pemberian pelekat kenderaan secara percuma di sepanjang laluan membabitka­n tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Kedah.

Di samping itu, memupuk semangat bersukan, membentuk pembanguna­n fizikal dan meningkatk­an daya ketahanan mental, membina semangat cinta negara dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.

60 sukarelawa­n terbabit ekspedisi basikal sempena Pinky Charity Ride With BSKN

 ??  ?? AZLAN bersama BSKN di Majlis Praperasmi­an Program Amal 635 KM Pinky Charity Ride With BSKN.
AZLAN bersama BSKN di Majlis Praperasmi­an Program Amal 635 KM Pinky Charity Ride With BSKN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia