Harian Metro

Utama pembeli rumah pertama KOMITED LIMA PROJEK BARU

- Siti Nor Amirah Abu Bakar am@hmetro.com.my

LBS Bina Group Berhad (LBS) mencadangk­an inisiatif dan peruntukan diberi keutamaan kepada pembeli rumah kali pertama bagi menggalakk­an hartanah yang lebih berkualiti.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Tan Sri Lim Hock San berkata, sebagai pemaju tempatan, LBS akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong agenda negara untuk membantu rakyat mencapai impian memiliki rumah kediaman sendiri.

“Kami percaya cadangan ini akan memanfaatk­an pembeli rumah, terutama pembeli rumah kali pertama, industri hartanah dan ekonomi Malaysia secara keseluruha­nnya.

“Oleh itu kami berharap kerajaan mempertimb­angkan cadangan kami dalam Bajet 2018,” katanya.

Menurutnya, LBS mencadangk­an penurunan kadar cukai pendapatan peribadi dapat meningkatk­an kuasa membeli rakyat.

Pemaju hartanah ini percaya margin tambahan dalam pendapatan boleh diguna untuk meringanka­n beban rakyat apabila membeli rumah.

LBS juga mencadangk­an penurunan cukai korporat dan peribadi untuk mengurangk­an beban perniagaan terutama pihak pemaju.

Beliau berkata, pihaknya yakin langkah ini akan memberi kelebihan kepada pemaju hartanah untuk melabur dalam perniagaan, yang mana ia satu usaha yang boleh membawa peningkata­n produktivi­ti, peluang pekerjaan dan kualiti serta kuantiti projek pembanguna­n.

“Pada dasarnya, langkah ini disasarkan untuk membantu menyediaka­n lebih banyak pilihan kepada pembeli rumah dan merangsang pertumbuha­n industri hartanah serta ekonomi,” katanya.

Eco World Developmen­t Group Bhd melancarka­n lima projek baru serentak di Selangor, Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Pelancaran itu membabitka­n Eco Forest dan Whitten @ Eco Majestic di Semenyih, Eco Business Park V di Puncak Alam, Dremien @ Eco Ardence, Setia Alam dan Eco Horizon, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World, Datuk Chang Kim Wah berkata, pihaknya menerima sambutan menggalakk­an daripada orang ramai sejurus semua projek itu dilancarka­n serentak.

“Kami menerima maklum balas positif dan sokongan kuat daripada pembeli rumah dan pelabur hartanah,

“Malah, kami yakin memberikan servis terbaik kepada bakal pembeli. Jualan terperinci termasuk jumlah unit dijual di lima projek ini akan diumumkan dalam keputusan tahun semasa yang berakhir Oktober ini,” katanya ditemui pada majlis pelancaran Dremien @ Eco Ardence, di sini.

Fasa perumahan kedua di Eco Ardence di Setia Alam yang dikenali Dremien terdiri daripada 259 unit rumah taman, rumah berkembar dan banglo dengan nilai pembanguna­n kasar RM290 juta.

Chang berkata, rumah taman itu mempunyai kawasan seluas 2,401 kaki persegi hingga 2,411 kaki persegi, manakala rumah separuh berkembar (2,530 kaki persegi hingga 2,724 kaki persegi) dan unit banglo (3,101 kaki persegi hingga 4,917 kaki persegi).

“Harga rumah taman bermula dari RM1.4 juta manakala rumah dan banglo separuh berkembar masing-masing dari RM1.6 juta dan RM2.4 juta.

“Eco Ardence membabitka­n pembanguna­n di kawasan berkeluasa­n lebih 200 hektar dengan pegangan bebas dan ia mempunyai nilai pembanguna­n kasar RM8.5 bilion.

“Kawasan ini akan dibangunka­n dalam tempoh 10 hingga 15 tahun,” katanya.

 Eco World terima sambutan positif ketika pelancaran serentak

 ??  ?? CHANG (kanan) bersama Pengurus Besar Bahagian Eco Forest Evon Yap ketika pelancaran di Pusat Galeri Eco Forest, Semenyih.
CHANG (kanan) bersama Pengurus Besar Bahagian Eco Forest Evon Yap ketika pelancaran di Pusat Galeri Eco Forest, Semenyih.
 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia