Harian Metro

WAJAH BARU TESCO

- Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

6 pasar raya besar diubah suai dengan kos RM55 juta

Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) membelanja­kan RM55 juta bagi mengubah suai enam pasar rayanya dengan wajah baru dan lebih segar demi keselesaan kepada pelanggan membeli-belah.

Ketika ini, tiga pasar rayanya siap membabitka­n perbelanja­an RM27.6 juta iaitu di Kota Bharu, Kelantan, Extra Penang, Jelutong dan Tanjung Pinang di Tanjung Tokong manakala tiga lagi masih dalam pengubahsu­aian iaitu dua di Selangor membabitka­n Tesco Setia Alam dan Shah Alam serta satu di Johor iaitu Tesco Bukit Indah.

Pengarah Format Tesco Malaysia Corine Boudville berkata, pengubahsu­aian dilakukan di Tesco bagi memberi pengalaman baru dan memudahkan pengguna membeli-belah serta lebih banyak pilihan, malah Tesco menerima maklum balas memberangs­angkan daripada pelanggan mengenai keselesaan pasar raya selepas diubah suai.

“Sejak tahun lalu hingga Oktober, sembilan pasar raya diubahsuai, malah kami menambah lebih ramai penyewa di lot kedai bagi memberi banyak pilihan.

“Mengikut perancanga­n, enam lagi cawagan diubah suai dan kini kami masih memilih stor dan kos diperlukan,” katanya selepas lawatan media ke Tesco Tanjung Pinang yang siap diubah suai selama 12 minggu sejak Julai lalu dengan kos RM9.9 juta.

Dalam perkembang­an lanjut, Tesco Tanjung Pinang turut memperkena­lkan sistem kaunter pembayaran layan diri di wilayah utara apabila Pulau Pinang menjadi negeri pertama menggunaka­n teknologi berkenaan.

Beliau berkata, sistem itu turut diguna pakai di tiga Tesco berwajah baru lain iaitu Tesco Penang, Jelutong dan Tesco Extra Sungai Dua, Gelugor.

Menurutnya, pelanggan berpeluang merasai pengalaman melakukan transaksi pembayaran bagi pembelian 10 barangan ke bawah dengan setiap pasar raya berkenaan dilengkapi enam kaunter sedemikian.

Katanya, operasi kaunter pembayaran layan diri bermula di Tesco Tanjung Pinang, hari ini manakala di Tesco Penang dan Tesco Extra Sungai Dua pula pada minggu hadapan dengan kos pelaburan bagi teknologi itu sebanyak RM1.3 juta.

 ??  ?? CORINE (kiri) menunjukka­n antara produk jenama Tesco sempena majlis pembukaan semula Tesco Tanjung Pinang, semalam.
CORINE (kiri) menunjukka­n antara produk jenama Tesco sempena majlis pembukaan semula Tesco Tanjung Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia