Harian Metro

KERJA SAMPAI MATI

- Agensi

 Wartawan maut akibat serangan jantung selepas

bertugas terlalu lama

Seorang wartawan bekerja hingga mati apabila membuat 159 jam kerja lebih masa dalam masa sebulan dan hanya berehat selama dua hari.

Wartawan politik, Miwa Sado meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada Julai 2013 dan satu inkues memutuskan penyakit itu berpunca daripada kerja berlebihan.

Namun, syarikat penyiaran kebangsaan, NSK hanya mendedahka­n punca kematian wartawanny­a itu kelmarin selepas mendapat tekanan daripada keluarga Miwa.

Kes itu menunjukka­n masalah serius kematian akibat terlalu lama bekerja atau dikenali sebagai “karoshi” di Jepun.

Miwa yang berusia 31 tahun ketika itu, ditugaskan membuat liputan pilihan raya perbandara­n Tokyo pada Jun 2013 dan satu pilihan raya Parlimen pada bulan seterusnya.

Wanita itu meninggal dunia akibat kegagalan jantung tiga hari selepas pilihan raya Parlimen itu berakhir.

Pendedahan mengenai kematian Miwa itu mengejutka­n penduduk Jepun kerana NHK aktif melaporkan kematian berkaitan karoshi di syarikat lain.

Pada 2015, NHK melaporkan kematian seorang wanita muda yang kerja lebih masa lebih 100 jam sebulan di sebuah syarikat pengiklana­n.

NHK dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu memantau kerja lebih masa Miwa tetapi mengakui ada bahagian yang perlu diperbaiki.

Pada setiap tahun di Jepun, kerja lebih masa terlalu lama dipercayai punca berpuluh-puluh kematian akibat strok, serangan jantung dan bunuh diri.

Menurut laporan kerajaan, terdapat 191 kes kematian berkaitan karoshi dilaporkan pada setiap tahun.

Laporan itu juga menunjukka­n 7.7 peratus pekerja di Jepun sering bekerja lebih masa lebih 20 jam seminggu.

 ??  ?? MIWA Sado
MIWA Sado

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia