Harian Metro

CITA-CITA ANAK MARCOS

- AFP

Anak lelaki bekas ditaktor Filipina, Ferdinand Marcos yakin untuk menyingkir­kan naib presiden melalui undang-undang sekali gus mencerahka­n peluangnya untuk memerintah negara itu.

Ferdinand Marcos Jr atau dikenali sebagai Bongbong juga mengesahka­n bahawa keluargany­a berbincang dengan Presiden Rodrigo Duterte.

Rundingan itu bagi menamatkan tuntutan kerajaan terhadap harta negara berjumlah berbilion dolar yang dituduh dicuri Marcos ketika dia berkuasa.

Bongbong, 60, tewas tipis pada pilihan raya presiden pada tahun lalu tetapi dia memfailkan petisyen di Mahkamah Agung mendakwa pemenang,

Leni Robredo menipu dengan memanipula­si komputer di mesin pengiraan undi.

“Kami sangat yakin apabila kiraan semula dibuat keputusan sebenar akan muncul dan

 Singkir naib presiden untuk terus legasi bapa perintah Filipina

membuktika­n undi dalam pilihan raya naib presiden tersilap kira,” katanya kepada wartawan kelmarin.

Kemenangan Bongbong menandakan kemunculan semula pengaruh politik keluarga itu selepas 31 tahun revolusi rakyat menumbangk­an pemerintah­an selama 20 tahun bapanya dan memaksa keluarga itu melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).

Marcos meninggal dunia di Hawaii pada 1989 dan reputasiny­a tercemar selepas dituduh menggelapk­an berbilion dolar harta negara serta memerintah secara kuku besi.

Bagaimanap­un, keluarga itu diterajui isteri Marcos, Imelda kembali semula ke Filipina selepas kematian pemimpin itu dan mula membina semula pengaruh politiknya.

Imelda, 88, masih menjadi anggota Kongres yang dipilih mewakili Ilocos Norte di selatan Filipina yang juga kubu kuat keluarga itu.

Dia pernah berkata, impiannya adalah melihat Bongbong yang pernah menjadi senator dipilih sebagai presiden Filipina.

 ??  ?? BONGBONG Marcos
BONGBONG Marcos
 ??  ?? LENI
Robredo
LENI Robredo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia