Harian Metro

Filipina terima raifal gempur dari China

-

Manila: Kerajaan China menyumbang­kan 3,000 raifal gempur kepada Filipina kelmarin sebagai tanda persahabat­an dan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara.

Penghantar­an senjata dari China itu adalah yang kedua pada tahun ini selepas Presiden Rodrigo Duterte menjalin hubungan lebih rapat dengan Beijing.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana berkata, senjata itu sepatutnya diserahkan kepada tentera tetapi Duterte berpendapa­t polis lebih memerlukan­nya.

“Kami bertuah kerana kerajaan China menyumbang senjata api ini,” kata Lorenzana dalam satu sidang akhbar semalam di mana sejumlah senjata turut dipamerkan.

Raifal CQ-A5b buatan China itu bakal digunakan polis bagi mengatasi kekurangan senjata api selepas Amerika Syarikat (AS) menyekat penjualan 26,000 raifal M4 pada tahun lalu.

Tindakan itu diambil selepas timbul kebimbanga­n di AS berhubung pelanggara­n hak asasi manusia oleh polis Filipina dalam kempen memerangi dadah yang menyebabka­n ribuan suspek dibunuh.

Pada Jun lalu, China menyumbang 3,000 raifal gempur dan 100 raifal penembak tepat dalam sebahagian diplomasi baru dengan Filipina yang sebelum ini sering berbalah mengenai tuntutan wilayah di Laut China Selatan.

Tentera Filipina turut menyerahka­n raifal tempur itu kepada polis dan hanya menerima raifal penembak tepat. - Reuters

 ??  ?? LORENZANA (kiri) dan Duta China ke Filipina, Zhao Jinghua (tengah) memeriksa raifal yang disumbangk­an China kepada Filipina. - AFP
LORENZANA (kiri) dan Duta China ke Filipina, Zhao Jinghua (tengah) memeriksa raifal yang disumbangk­an China kepada Filipina. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia