Harian Metro

SASAR WANITA ASIA

- Reuters

 Geng ‘seks hotel’ didapati bersalah tipu, perdagang perempuan jadi pelacur

Tiga anggota geng yang memerangka­p wanita Asia termasuk dari Asia Tenggara untuk dijadikan pelacur di 12 bandar di sekitar Britain didapati bersalah atas tuduhan pemerdagan­gan manusia, semalam.

Dua wanita dan seorang lelaki yang semuanya berasal dari Asia Tenggara didapati bersalah atas pelbagai kesalahan berkaitan pelacuran dan eksploitas­i seksual pada akhir perbicaraa­n di Old Bailey, kata Perkhidmat­an Pendakwaan Crown Britain (CPS) dalam satu kenyataan.

CPS berkata, 19 wanita dibawa ke Britain dan dipaksa menjadi pelacur dengan perkhidmat­an mereka ditawarkan di pelbagai laman web dewasa.

Nombor telefon diiklankan menghubung­kan pemanggil dengan anggota geng yang membuat lebih 400 tempahan hotel antara 2013 hingga 2015 menggunaka­n butiran palsu, kata CPS.

Semua hotel terletak di kawasan sibuk dengan pelanconga­n dan penduduk termasuk Brighton, Bournemout­h, Cardiff serta Exeter.

Telefon bimbit dirampas daripada geng berkenaan menunjukka­n semua tempahan hotel selain butiran ketibaan wanita terbabit, pekerjaan mereka, hubungan dengan pelanggan dan butiran pembayaran.

Media tempatan melaporkan wanita terbabit termasuk dari Hong Kong, China serta Korea malah seorang daripada mereka mengakui terpaksa melakukan kerja seks untuk membayar hutang.

Peguam CPS,

Kevin Thomson berkata: “Geng itu mengeksplo­itasi wanita yang terdesak dan memaksa mereka bekerja dalam keadaan yang berisiko tinggi.

“Sebaik wanita terbabit terperangk­ap dalam rangkaian pelacuran ini, memang sukar untuk melepaskan diri.”

Menurutnya, mahkamah menetapkan 26 Oktober ini untuk menjatuhka­n hukuman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia