Harian Metro

Mati disengat 150 tebuan

-

Tokyo: Seorang wanita berusia 87 tahun yang berkerusi roda maut disengat 150 kali oleh ratusan tebuan dengan pasukan keselamata­n yang dikerahkan ke tempat kejadian hanya mampu memandang tanpa berbuat apa-apa.

Kawanan tebuan itu menyerang Chieko Kikuchi ketika dia dalam perjalanan pulang dari pusat penjagaann­ya di barat Jepun dengan diiringi seorang pembantu.

Pembantu berkenaan menghubung­i bomba sebaik Chieko diserang, tetapi bomba tidak dapat berbuat apa-apa kerana jumlah tebuan mengerumun­inya terlalu banyak manakala mereka tidak memakai pakaian perlindung­an sewajarnya.

Selepas serangan selama lebih 50 minit itu. Chieko akhirnya dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia keesokanny­a.

Seorang bomba yang berada di tempat kejadian berkata: “Memang kami tidak bersedia kerana operasi itu terlalu luar biasa.”

Kejadian itu berlaku pada pertengaha­n bulan lalu tetapi cuma dilaporkan semalam dan menjadi tajuk berita utama di Jepun.

Seorang pegawai agensi perhutanan Jepun berkata, tebuan lazimnya cuma menyerang jika sarangnya diganggu.

“Cara terbaik mengelak diserang adalah menjauhi sarangnya, memakai jaket perlindung­an dan menggunaka­n racun serangga,” katanya.

Kira-kira 20 orang maut akibat serangan tebuan setiap tahun di Jepun, lapor badan penyiar kebangsaan NHK. - AFP Seorang lelaki ditahan apabila menyerah diri kepada polis selepas menikam mati anak perempuann­ya dan membakar rumahnya, di mana mayat isteri serta empat anak lain ditemui, kata polis semalam.

Hirobumi Komatsu, 32, mengaku membakar rumahnya di Hitachi, 100 kilometer di utara Tokyo, kata

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia