Harian Metro

DOMINASI PENDAKIAN

- Azlan Muhammad Zain dan Fadhli Ishak sukan@hmetro.com.my

 TSC pamer aksi mantap namun gagal rampas

jersi kuning

Team Sapura Cycling (TSC) mendominas­i pendakian puncak tertinggi di Gunung Jerai dalam Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) namun gagal merampas jersi kuning yang menjadi rebutan utama selaku pendahulu individu keseluruha­n.

Dua pelumba TSC dari Colombia, cemerlang apabila Wilmar Jahir Perez Munoz

muncul peserta pertama melintasi garisan penamat pada ketinggian 1,217 meter (berstatus hors) dengan masa dua jam 50 minit 41 saat manakala sandaran

(gambar)

utama Victor Nino Corredor tempat ketiga (2.52:31s) sementara Samuel Volkers dari CCC Cycling Team kedua dengan masa 2.51:22s.

Ia membolehka­n kedudukan Perez Munoz tidak lagi mampu dicabar bagi gelaran Raja Bukit apabila mengumpul 29 mata dan hanya perlu menamatkan peringkat terakhir esok sejauh 132.8km yang berakhir di Alor Setar bagi mengesahka­n kemenangan.

Bagaimanap­un, ia masih belum cukup untuk merampas jersi kuning dari pelumba Oliver’s Real Food Racing, Brendon Davids yang menamatkan perlumbaan pada kedudukan keempat dan berkelebih­an 24 saat berbanding Nino Corredor apabila mengumpul masa 13.26:09s.

“Objektif adalah untuk menang peringkat keempat dan rampas jersi pendahulu namun Davids amat kuat dan berusaha dengan keras pada peringkat ini, pujian kepadanya.

“Kami sudah mencuba namun tidak berjaya. Bagaimanap­un, saya gembira apabila kami menang peringkat pendakian tertinggi dan jersi Raja Bukit selain dalam landasan tepat memenangi beberapa jersi dan kategori lain,” jelas Pengarah Sukan TSC, Sergi Roure.

Mereka kini dalam landasan tepat muncul pasukan terbaik dalam kalangan 18 pasukan bertanding apabila mengumpul masa 40.19:26s selain Muhammad Zawawi Azman yang mendahului kategori pelumba terbaik Malaysia.

Davids yang kekal menyarung jersi kuning, gembira apabila masih mampu bertahan dan berada di landasan tepat untuk memenangi gelaran individu pertamanya bagi perlumbaan yang berada dalam kalender Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) itu.

“Ini satu kejutan apabila saya masih mengekalka­n jersi ini. Pujian kepada rakan sepasukan yang bekerja keras untuk membolehka­n saya berada dalam keadaan bertenaga bagi memulakan pendakian sejauh 10 kilometer ke garisan penamat,” menurut pelumba dari Afrika Selatan itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia