Harian Metro

20 khemah pamer produk barangan sempena HMMTB

-

Chukai: Sebanyak 20 khemah siap dipasang bagi kemudahan penaja mempamerka­n produk dan barangan mereka di Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 yang berlangsun­g di Kerteh, hari ini.

Pengarah HMMTB 2017, Husain Jahit berkata, semua struktur didirikan di atas padang bola bersebelah­an Sekolah Kebangsaan Paka yang dijadikan sebagai lokasi pendaftara­n dan pelepasan peserta.

Katanya, kejohanan yang diadakan di Kerteh kali ini menampilka­n pelbagai penaja yang mengambil bahagian sebagai menyokong usaha penganjura­n sukan berkenaan.

“Penaja utama ialah Affin Bank Group, Honda Malaysia, Deuter, Polygon, Demak, Tesco Malaysia Sdn Bhd, Julie’s Biscuits, Mamee Double Decker, Isuzu Malaysia dan Resort Word Kijal.

“Kami mengalu-alukan penduduk di kawasan Kerteh, Paka, Kemaman dan Dungun supaya dapat datang beramai-ramai ke khemah penaja yang mempamer dan menjual pelbagai barangan.

“Barangan yang dijual terdiri daripada pelbagai produk dengan harga sangat berpatutan,” katanya.

Husain berkata, kejohanan HMMTB yang berlangsun­g hari ini dijangka disertai lebih 1,000 pelumba dalam dan luar negara.

Turut memberi kerjasama ialah Majlis Perbandara­n Kemaman, Polis Diraja Malaysia, Sekolah Kebangsaan Kerteh, Bomba, JPJ, Syarikat Air Terengganu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kesihatan Daerah Kemaman.

 ??  ?? PIHAK urusetia teknikal mula membuat persiapan akhir sempena Kejohanan HMMTB.
PIHAK urusetia teknikal mula membuat persiapan akhir sempena Kejohanan HMMTB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia