Harian Metro

‘USAH PAKSA DIRI’ J

- Zatul Iffah Zolkiply dan Rosli Ilham sukan@hmetro.com.my

angan paksa diri. Itu nasihat Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Mohammad Omar

kepada peserta Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 yang berlangsun­g di Kerteh, hari ini.

Dr Mohammad berkata, selain tahap kesihatan yang baik, peserta perlu sedar kemampuan diri sendiri bagi

(gambar)

mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Menurutnya, perlumbaan seumpama ini bukan hanya membabitka­n laluan biasa sebaliknya laluan lasak yang lebih berisiko dan mencabar serta memerlukan persediaan yang tinggi baik fizikal dan mental.

“Nasihat saya jika rasa tidak mampu teruskan, jangan paksa diri kerana kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku.

“Selain itu, peserta juga dinasihatk­an untuk mengambil air putih dengan banyak kerana keadaan cuaca yang panas bagi mengelak tubuh tidak mengalami dehidrasi.

“Jangan biarkan badan kita kehabisan air baru minum kerana keadaan itu akan menyebabka­n badan kita lambat sejuk,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HMMTB, Husain Jahit berkata, peserta dinasihatk­an lebih bersedia kerana keadaan cuaca yang sedikit berbeza memandangk­an kawasan perlumbaan yang berhampira­n dengan pantai.

Katanya, selain memperbany­akkan minuman air putih, peserta juga boleh mengambil minuman isotonik bagi menggantik­an garam mineral yang hilang ketika berpeluh.

“Saya harap peserta bersiap sedia dengan keadaan cuaca yang sedikit panas terutama bagi peserta luar Terengganu bagi memastikan perlumbaan ini berjalan dengan lancar,” katanya.

 Pelumba perlu waspada

harungi laluan berisiko

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia