Harian Metro

SERAP TEKANAN

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my Fabian Peter fabian.mark@nst.com.my

Hapuskan segera masalah besar. Itu yang dimahukan Ketua Jurulatih Beregu Campuran Negara, Chin Eei Hui kepada anak buahnya, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menjelang Terbuka Denmark dan Perancis bulan ini.

Menurutnya, Kian Meng-Pei Jing sudah mula rasa tertekan apabila di atas kertas, mereka boleh dilabel sebagai pasangan utama negara dan menduduki ranking ke-10 dunia.

“Harapan yang tinggi diletakkan ke atas mereka dan dalam masa sama mereka tidak boleh mengawalny­a dengan baik. Mereka rasa mahu menang setiap perlawanan tapi tidak tahu bagaimana untuk mengawal tekanan. Permainan mereka pun jadi tidak seperti biasa apabila terlalu fikir hendak memberikan yang terbaik,” katanya kepada Arena Metro ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Jelas Eei Hui, beliau mengharapk­an Kian Meng-Pei Jing boleh kembali beraksi dengan permainan sebenar menjelang Terbuka Denmark dan Perancis.

“Saya tidak mahu mereka berlatih dengan memberi komitmen 90 peratus, tapi bila di kejohanan hanya bagi tiga peratus. Harap mereka kembali pada tahap sebenar. Memang jika sebut soal mental ia susah dijangka, hanya pemain itu sendiri saja boleh mengatasin­ya namun saya mahu mereka perbaikiny­a segera.

“Berdasarka­n

ranking, mereka adalah pasangan nombor satu negara. Bagaimanap­un, saya melayan semua pasangan sama saja kecuali Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang saya lihat masih lagi gandingan terbaik negara,” kata bekas pemain beregu wanita itu.

Ujarnya, mereka sekarang ini meneruskan misi jangka panjang dan pendek, apabila memisahkan Peng Soon-Liu Ying untuk digandingk­an bersama pemain muda.

“Kita masih mempunyai masa empat tahun menjelang 2020 (Sukan Olimpik Jepun). Jadi tempoh yang ada ini adalah untuk memperkasa­kan pemain remaja dan senior. Kita memang sentiasa mempunyai perancanga­n kepada mereka,” katanya.

Di Terbuka Denmark yang berlangsun­g 17 hingga 22 Oktober ini, Kian Meng-Pei Jing akan berdepan Seung Jae Seo-Kim Ha Na dari Korea Selatan di pusingan pertama manakala di Terbuka Perancis (24 hingga 29 Oktober) mereka harus melepasi halangan Nipitphon Phuangphua­pet-Jongkolpha­n Kititharak­ul (Thailand) untuk mara ke pusingan kedua. Kuala Lumpur: Pemain muda, Kwek Yee Jian-Man Wei Chong boleh menganggap diri mereka bertuah apabila diserapkan ke dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan perlu mengambil peluang itu untuk mempamer aksi terbaik di Kejohanan Remaja Dunia yang bakal berlangsun­g di Yogyakarta minggu depan.

Beregu lelaki berusia 18 tahun itu yang sebelum ini berada bawah naungan Akademi Badminton Looi, dipilih mewakili negara bagi menguatkan cabaran Malaysia dalam acara beregu.

Bagaimanap­un, sebelum memulakan mimpi indah, mereka perlu terlebih dulu menarik perhatian jurulatih Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kwan Yoke Meng di Kejohanan Remaja Dunia.

“Kami bernasib baik kerana terpilih mewakili negara sebelum berlangsun­gnya Kejohanan Remaja Dunia. Memang berbeza apabila anda berada di dalam badan induk kebangsaan,” kata Yee Jian.

“Saya sudah berganding­an dengan Looi sejak tiga tahun lalu dan sudah menjadi impian saya untuk mewakili Malaysia. Kini, masanya sudah tiba.

“Ini adalah penyertaan pertama kami di Kejohanan Remaja Dunia tetapi Wei Chong pernah membarisi skuad tahun lalu. Ia bukan mudah,” tambah Yee Jian.

 Eei Hui mahu Kian Meng, Pei Jing pulih segera reputasi

 ??  ?? KIAN Meng (kanan) dan Pei Jing giat menjalani latihan.
KIAN Meng (kanan) dan Pei Jing giat menjalani latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia