Harian Metro

Tonik Cheong Min hadapi Sukan Asia

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tiga pingat peribadi yang dikutip ketika Kejohanan Wushu Dunia 2017 di Kazan, Russia menjadi tonik terbaik buat Tan Cheong Min untuk memburu slot ke Sukan Asia Indonesia, tahun depan.

Atlet itu menyifatka­n secara keseluruha­n dia berpuas hati dengan keputusan yang dikecapi apatah lagi ia adalah penampilan pertamanya di kejohanan bertaraf dunia.

Begitupun, Cheong Min akur yang dia perlu lebih banyak memperbaik­i rutin agar pergerakan­nya tampak lebih sempurna tidak kira dalam mana-mana kejohanan selepas ini.

“Saya baru pertama kali keluar untuk menyertai Kejohanan Dunia dan saya gembira dengan keputusan ini. Tapi dalam masa sama saya sedar perlu perbaiki kelemahan yang ada dalam diri saya.

“Untuk tahun ini sudah tidak ada lagi kejohanan menanti saya tetapi tahun depan ada Sukan Asia. Buat masa ini kami belum tahu siapa yang akan dapat mewakili negara, tapi saya harap nama saya tersenarai.

“Andai kata terpilih, saya mahu buat yang terbaik,” kata Cheong Min sewaktu diminta mengulas mengenai pencapaian keseluruha­n peribadi ketika beraksi di Kazan, Russia.

Dia memenangi pingat emas dalam acara dual (koreografi tempur) wanita bersama dua rakan sepasukan iaitu Phoon Eyin dan Loh Ying Ting apabila mempamer rutin yang memukau juri untuk mengutip 9.46 mata. Cheong Min turut memenangi pingat perak dalam acara nandao wanita serta gangsa dalam acara nangun wanita.

Skuad wushu negara menamatkan saingan di Kejohanan Dunia dengan kutipan dua pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa yang turut menobatkan Wong Weng Son sebagai juara dunia dalam kategori jianshu lelaki (pedang).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia