Harian Metro

PUAS KONGSI PENGALAMAN

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Aksi tempur dalam gelanggang bukan penghalang

Ann minat jadi pakar motivasi

Kalau cerita mengenai sukan tempur khususnya gabungan seni mempertaha­nkan diri (MMA), perkara pertama terbayang di fikiran adalah seorang lelaki, tegap, sasa dan mempunyai perwatakan ganas.

Namun siapa sangka, Ann Osman, seorang atlet MMA wanita negara yang beraksi di ONE Championsh­ip mampu menembusi populariti golongan lelaki dalam sukan itu.

Bukan saja lincah di dalam gelanggang serta mempunyai karakter seorang juara, Ann juga hadir dengan pakej ‘muka boleh jual’ yang sekali gus meningkatk­an lagi populariti­nya.

Namun satu perkara lebih menarik ialah, Ann juga mempunyai bakat besar ketika di luar gelanggang dengan menampilka­n dirinya selaku pakar motivasi.

“Saya sangat berbangga apabila sering diberi peluang menjadi penceramah untuk beberapa program. Salah satunya adalah menerusi London Speakers Bureau, iaitu sebuah agensi yang menjemput saya menjadi salah seorang penceramah jemputan.

“Ia memberi lebih banyak peluang kepada saya sebagai seorang penceramah motivasi. Kebiasaann­ya, saya berkongsi ceramah motivasi berkenaan pengalaman saya sebagai atlet profesiona­l MMA dan bidang keusahawan­an,” katanya.

Jelas Ann, dia mula menceburka­n diri dengan dunia itu pada 2014 sebelum langkah pertama itu terus menarik minatnya berkongsi pengalaman dengan jumlah penonton lebih besar.

Bagi gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu, dengan berkongsi pengalaman­nya bersama orang lain, ia memberi satu kepuasan yang tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata.

“Saya sentiasa yakin satu-satunya kejayaan itu bukan diukur dengan berapa banyak kemenangan atau bilangan tertentu.

“Dengan berkongsi pengalaman dan pengetahua­n saya untuk memberi semangat kepada individu lain, ia juga satu kejayaan besar untuk saya.

“Setiap peluang berkongsi pengalaman itu memberi kepuasan kepada diri saya.

“Saya juga pernah mengendali­kan seminar mempertaha­nkan diri di dalam dan luar negara terutamany­a untuk membantu golongan wanita.

“Menerusi syarikat pelanconga­n saya, Travel Rite Tours Sdn Bhd, kami juga cuba untuk membantu rakyat Sabah.

“Dengan semua usaha ini, saya harap dapat memberikan inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Ditanya adakah dia akan menjadikan kepakaran memberi ceramah motivasi itu sebagai kerjaya tetap pada masa depan, Ann tidak menolak kemungkina­n itu.

“Untuk sekarang saya gembira dengan apa yang saya lakukan, iaitu bertarung di dalam gelanggang, menguruska­n perniagaan dan memberikan ceramah motivasi.

“Bagi saya tiada sebarang batasan di dunia itu dan saya akan melakukan perkara yang saya gemari pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? AKSI tangkas Ann (atas) menumbangk­an lawan.
ANN (dua kanan) ketika berkongsi pengalaman di atas pentas. ANN (duduk tiga kanan) pernah mengendali­kan seminar mempertaha­nkan diri untuk membantu golongan wanita.
AKSI tangkas Ann (atas) menumbangk­an lawan. ANN (dua kanan) ketika berkongsi pengalaman di atas pentas. ANN (duduk tiga kanan) pernah mengendali­kan seminar mempertaha­nkan diri untuk membantu golongan wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia