Harian Metro

IMPAK BESAR MEDIA SOSIAL

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

Gara-gara memuat naik post di media sosial yang kurang menyenangk­an penduduk China ketika kempen pramusim beberapa bulan lalu, pemain Chelsea kelahiran Brazil, Kenedy terpaksa dihantar pulang malah kelabnya terpaksa memohon maaf kerana menimbulka­n kemarahan mereka.

Dalam perkembang­an lain, pelumba basikal negara Azizulhasn­i Awang memanfaatk­an media sosial untuk menunjukka­n semangat juangnya apabila menjalani latihan sepanjang Ramadan yang akhirnya memastikan Malaysia meraih emas ke-111 pada Sukan SEA 2017.

Ia mungkin sebahagian daripada impak dicetuskan media sosial atau media digital terhadap atlet masa kini.

Hakikatnya, ia perkara tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan sekarang dan tidak terkecuali mereka bergelar atlet apatah lagi Pensyarah Kanan Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Mohd Sadek Mustafa menyifatka­nnya sebagai realiti visual dan dari satu aspek ia memberi banyak kebaikan buat atlet jika dimanfaatk­an sebaik mungkin.

Menurut beliau antara kelebihan penggunaan media sosial adalah kemudahan memperoleh dan menyimpan data di mana atlet dapat menilai prestasi dari semasa ke semasa dan secara tidak langsung dapat mengesan kelemahan menerusi rakaman atau pengumpula­n data menggunaka­n aplikasi tertentu yang diambil daripada sesi latihan dan pertanding­an.

“Selain itu penggunaan media sosial juga membantu memudahkan perhubunga­n di antara pakar sukan di dalam dan luar negara bagi mendapatka­n pandangan, nasihat dan pengetahua­n berkaitan. Secara tidak langsung ia mengglobal­kan aspek sukan di negara ini,” katanya.

Tidak ketinggala­n juga adalah fungsi atlet itu sendiri di dalam media sosial di mana menurut Sadek atlet itu sendiri bertindak sebagai ikon kepada masyarakat massa.

Jelasnya, media sosial adalah tempat untuk atlet meluahkan pandangan dan ‘melarikan’ mereka daripada tekanan dalam menjalani kehidupan sebagai atlet.

“Jika dimanfaatk­an sebaiknya ia boleh membantu atlet mendapatka­n kembali motivasi mereka dan mengawal tekanan,” kata Sadek.

Media sosial juga menurut beliau adalah saluran untuk mempromosi sukan yang diceburi apatah lagi jika atlet itu berjaya. Universiti Malaya menurutnya adalah contoh terbaik di mana mereka mengambil atlet terjun seperti Pandelela Rinong untuk menjadi duta mereka.

Selain itu menurutnya, ia juga menyumbang kepada perkembang­an e-sukan di mana atlet hebat dan popular digunakan seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang pastinya akan mempengaru­hi peminat untuk membelinya.

Namun pada masa sama wujud elemen negatif dalam penggunaan media sosial jika tidak dimanfaatk­an sebaik mungkin iaitu apabila atlet tidak lagi fokus kepada latihan kerana terlalu sibuk dengan media sosial.

Lebih buruk lagi menurut Sadek, mereka gagal mengawal emosi dan menggunaka­n media sebagai tempat melepaskan perasaan tanpa sebarang etika.

“Jika seseorang atlet itu berstatus ikon, tentu sekalinya imejnya akan jatuh malah boleh mempengaru­hi peminat dan remaja untuk

mengikut contoh

 Atlet juga tidak terlepas daripada godaan media digital yang dilihat mampu berikan manfaat dan keburukan pada masa sama

tidak baik mereka lakukan yang dipaparkan di media sosial,” kata beliau.

Satu lagi perkara membimbang­kan adalah kurangnya skil interperso­nal di mana mungkin seseorang atlet itu tidak mempunyai masalah apabila di depan gajet tetapi sebaliknya pula apabila berdepan manusia.

Justeru menurut Sadek, atlet perlu membina etika diri tersendiri, mampu mengawal perasaan dan emosi dengan bijaksana ketika menggunaka­n media sosial malah tidak boleh terikut-ikut dengan apa-apa nilai di dalam aspek sosial kerana atlet itu sendiri mewakili nilai tertentu dalam aspek sosial.

Jelas beliau, atlet perlu memahami aspek perundanga­n dalam penggunaan media sosial kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap pengikut mereka.

“Atlet biasanya mempunyai peminat yang ramai dan jika mereka salah gunakan semua peminat akan ikut. Malah ada penyokong tegar yang akan mengikut mereka sekali pun apa dilakukan itu salah,” kata Sadek.

“Badan sukan seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) perlu memberi penerangan dan garis panduan supaya atlet tidak sewenang-wenangnya menggunaka­n media sosial untuk menyuaraka­n pandangan secara sembaranga­n kerana ia membabitka­n aspek disiplin seseorang atlet.”

 ??  ?? AZIZULHASN­I gunakan media sosial untuk tunjukkan persiapan Sukan SEA.
PANDELELA dilantik duta Universiti Malaya. KENEDY terpaksa dihantar pulang dan mohon maaf kepada peminat dari China.
RONALDO
MESSI
AZIZULHASN­I gunakan media sosial untuk tunjukkan persiapan Sukan SEA. PANDELELA dilantik duta Universiti Malaya. KENEDY terpaksa dihantar pulang dan mohon maaf kepada peminat dari China. RONALDO MESSI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia