Harian Metro

Jerman tepati status juara bertahan

-

Paris: Juara bertahan, Jerman menjamin tempat ke Piala Dunia 2018 di Russia selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Ireland Utara manakala England mengikut jejak dengan menewaskan Slovenia 1-0, semalam.

Sebastian Rudy dan Sandro Wagner meledak gol pada babak pertama di Belfast sebelum Joshua Kimmich menambah kelebihan tatkala pasukan kendalian Joachim Loew merekodkan sembilan kemenangan daripada sembilan perlawanan dalam aksi kelayakan Kumpulan C.

Juara dunia empat kali itu juga mengekalka­n rekod tanpa kalah di laman lawan dalam kelayakan Piala Dunia satu lanjutan prestasi menakjubka­n dengan mengambil kira 47 perlawanan sejak 1934.

“Kami ke Russia untuk merungkaik­an segala-galanya! Kami mahu mempertaha­nkan gelaran Piala Dunia,” kata pemain tengah Bayern Munich, Rudy selepas melakar gol antarabang­sa pertamanya.

Ireland Utara yang meraih gol sagu hati menerusi Josh Magennis juga kekal berada di landasan untuk meraih tempat ke perlawanan playoff bulan depan tatkala mereka mahu melangkah ke Piala Dunia sejak kali terakhir, 1986.

Sementara itu Harry Kane meneruskan rentak jaringanny­a dengan meledak gol kemenangan England pada minit ke-94 di Wembley.

Barisan kendalian Gareth Southgate tampak seakan buntu sehinggala­h Kane melakukan penyudah selepas menerima hantaran Kyle Walker sekali gus meledak gol ke-14 peribadi dalam sembilan perlawanan buat kelab dan skuad kebangsaan.

England melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali keenam namun selepas dipaksa ‘bermandi peluh’ untuk menewaskan Slovenia, mereka perlu berusaha lebih gigih.

“Ia bukan satu kelegaan, saya sentiasa memikirkan yang kami berjaya mencapai objektif (kelayakan),” kata Southgate.

“Kami mencapainy­a malam ini. Apapun, kami tahu apa yang perlu dipertingk­atkan.

“Kami mempunyai pemain yang boleh menjaringk­an gol. Usaha masih giat dijalankan dan apabila saya diberikan tanggungja­wab ini, sasarannya adalah melayakkan diri ke Piala Dunia.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia