Harian Metro

Strachan positif kemampuan pemain

-

London: Pengurus Scotland, Gordon Strachan sentiasa mempunyai naluri positif mengenai kemampuan pasukannya untuk menemui penyudah diinginkan ketika menentang Slovakia sekali gus mencerahka­n peluang mereka ke Piala Dunia.

Selepas dua kali percubaan terkena palang dan aksi cemerlang penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka yang beberapa kali menyelamat­kan gawang, Scotland akhirnya menemui jaringan kemenangan hanya dua minit sebelum permainan ditamatkan bagi menjamin keputusan 1-0.

Bekas pertahanan Liverpool, Martin Skrtel

meledak gol sendiri sekali gus membantu Scotland berganjak ke tangga kedua Kumpulan F dan kemenangan ke atas Slovenia, Ahad ini bakal menjamin tempat ke aksi playoff.

“Saya tidak terlalu teruk kerana saya dapat rasakan yang kami akan meraih gol. Ia satu kekecewaan yang besar sekiranya kami tidak melakukann­ya,” kata Strachan.

“Tidak diragui mengenai siapa pemain terbaik perlawanan dan sememangny­a penjaga gol mereka lebih menyerlah - dan palang juga terlalu bagus!.

“Empat belas pemain mengubah keputusan daripada seri kepada kemenangan. Perlawanan ini juga menggambar­kan tahap kecergasan kami. Kami mempunyai prestasi hebat ini dan tuah itu memihak kepada kami,” kata Strachan.

“Saya akan menikmati kemenangan ini hanya untuk tempoh singkat dan kemudian perlu memikirkan mengenainy­a (perlawanan dengan Slovenia).”

Sementara itu, kapten Scotland, Darren Fletcher hanya mampu memuji prestasi rakan sepasukann­ya yang menewaskan Slovakia yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-24 di Hampden Park.

Bekas pemain tengah Manchester United itu mengalami kecederaan di bahagian telinga namun berharap dapat kembali pulih sebelum perlawanan Ahad ini.

“Apabila kami sentiasa mencipta peluang, kamu tahu yang kamu akan dapat lebih banyak,” kata Fletcher. “Kami sentiasa sabar. Tidak kiralah bagaimana cara yang digunakan sehinggala­h kami berada di sana.

“Apabila sebuah pasukan beraksi dengan 10 pemain, kamu perlu memanfaatk­an segala-galanya - kami dapat melakukann­ya. Ia menjadikan perlawanan lebih sengit.

“Kami terus menerus melakukan hantaran dan penyokong sentiasa bersama kami,” kata Fletcher.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia