Harian Metro

Davies teruja pamer kemampuan

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

teruk dialami empat tahun lalu.

“Alhamdulil­ah, tak dinafikan ini hasil kerja keras saya untuk kembali pulih. Sebenarnya saya masih rasa trauma setiap kali Oktober, kerana pengalaman ini saya tak pernah lupa sebab pada bulan inilah saya mengalami kecederaan paling teruk dalam karier saya,” katanya kepada Arena Metro.

Pada Oktober 2013, Wan Zack terpaksa menjalani pembedahan ACL (Anterior Cruciate Ligament) akibat kecederaan lutut kanannya sehingga menyebabka­n berehat panjang dan tidak dapat meneruskan kontraknya bersama kelab Jepun FC Ryukyu.

Selepas itu, bekas Pemain Paling Bernilai Pestabola Merdeka 2013, Pemain Muda Terbaik Kebangsaan 2011 dan Liga Singapura 2012 itu bergelut untuk kembali berada di tahap terbaiknya sehinggala­h namanya kembali menjadi sebutan apabila menyertai FELDA United tahun ini.

Wan Zack turut bersama skuad kebangsaan kendalian Nelo Vingada ke Hong Kong dan dia mengaku sedia untuk memberikan aksi terbaik selepas hanya masuk sebagai pemain gantian lima minit sebelum perlawanan tamat ketika seri 1-1 menentang Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka 5 September lalu.

“Saya perlu mendapatka­n tempat dalam kesebelasa­n utama kerana persaingan bukan mudah. Saya percaya kita boleh menang dengan Hong Kong kalau kita bermain mati-matian. Tak kisah siapa yang akan diturunkan kerana siapa yang dipilih berikan yang terbaik untuk kemenangan pasukan,” katanya.

Malaysia perlu menang ke atas Hong Kong pada perlawanan ketiga Kumpulan B ini selepas tewas 1-2 kepada Lubnan dan seri 1-1 dengan Hong Kong untuk menduduki tangga tercorot. Kuala Lumpur: Matthew Davies mahu meluaskan pengaruhny­a di dalam skuad kebangsaan dan pada masa sama, dia juga mahu mencuri perhatian jurulatih, Nelo Vingada pada aksi kelayakan Piala Asia menentang Hong Kong, Selasa nanti.

Kapten Pahang itu masih belum bermain untuk skuad kebangsaan sejak Vingada dilantik, Jun lalu dan ia disebabkan masalah kecederaan selain tugasan di Sukan SEA.

Tetapi ketika pertahanan kanan, Rizal Ghazali digantung, Davies berpeluang untuk mewakili negara buat kali ke-14 sejak kali pertama menyarung jersi kebangsaan pada 2015.

“Saya dipanggil Vingada ketika aksi menentang Lubnan (Jun) tetapi saya cedera dan tidak dapat bermain,” kata Davies, 22, yang kali terakhir mewakili skuad senior negara pada Mac lalu.

“Beliau banyak merubah skuad dan saya difahamkan pemain gembira apabila dipanggil menjalani latihan pusat dan kami juga tidak sabar untuk bermain di bawah kendaliann­ya.”

Davies dijangka turun pada perlawanan menentang Hong Kong bersama-sama pemain Perak, Amirul Azhan Aznan.

“Persiapan kami berjalan baik dan penggantun­gan serta kecederaan adalah perkara biasa di dalam bola sepak,” kata Davies. “Kami cukup profesiona­l untuk berdepan perkara sebegini.”

 ??  ?? SHAHREL
HAZWAN
SHAHREL HAZWAN
 ??  ?? WAN Zack (kiri) mahu bantu skuad negara benam Hong Kong.
WAN Zack (kiri) mahu bantu skuad negara benam Hong Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia