Harian Metro

VINGADA HILANG HAZWAN, SHAHREL

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Malang menimpa skuad Harimau Malaya menjelang pertemuan dengan Hong Kong bagi aksi kelayakan Piala Asia 2019 pada 10 Oktober ini apabila jurulatih Nelo Vingada kehilangan dua penyerang, Ahmad Hazwan Bakri dan Shahrel Fikri Md Fauzi yang mengalami kecederaan pangkal paha.

Hazwan tidak melaporkan diri bersama lima lagi pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) manakala Shahrel yang juga pemain PKNP FC, mendapat kecederaan itu ketika sesi latihan terakhir sebelum berlepas ke Hong Kong kelmarin.

Situasi itu menyebabka­n Vingada hanya memiliki seorang penyerang iaitu Darren Lok (Johor DT) dalam senarai 21 pemain untuk beraksi di Stadium Hong Kong pada perlawanan ketiga Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019.

Bagi Darren, 26, pemain kelahiran England itu berkata, dia sedia menggalas tugas meskipun mendapat kritikan selepas Harimau Malaya seri 1-1 dalam pertemuan pertama dengan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka, 5 September lalu.

“Ini perlawanan penting, kami tidak mendapat keputusan yang diinginkan ketika menentang

Hong Kong di laman sendiri.

Memang pada perlawanan di Melaka, kami mempunyai peluang untuk menang. Sekarang kami sudah tahu permainan mereka jadi kami mahu mencari kemenangan disana.

“Kami tidak kalah dengan Hong Kong di tempat sendiri, saya fikir kami tidak ada tekanan untuk meneruskan misi ini untuk layak,” katanya kepada Arena Metro.

Darren sudah beraksi dalam lapan perlawanan dan

 Darren galas cabaran penyerang utama Harimau Malaya

menyumbat satu gol ketika Malaysia tewas 1-2 kepada Syria dalam aksi persahabat­an antarabang­sa 22 Ogos lalu.

Bagaimanap­un dia mengaku perlu berusaha keras untuk menembusi benteng Hong Kong yang bakal dibarisi pemain naturalisa­si.

“Mereka memang mempunyai kekuatan fizikal. Walaupun mereka menurunkan pemain naturalisa­si, itu tak bermakna kita tidak boleh menewaskan mereka,” kata bekas pemain kelab England Eastbourne Borough FC itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia