Harian Metro

AFC perlu bertegas, FMLLP harus profesiona­l

- Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

lalu berlangsun­g dalam keadaan amat lucu kerana sekali lagi bola sepak mempamer sikap serta kesederhan­aan dalam soal pentadbira­n.

Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) sekali lagi menjadi tumpuan kerana terlalu lengah dan lembik berdepan situasi membabitka­n Korea Utara dan Malaysia.

Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 terpaksa ditangguhk­an sekali lagi, kali ini disebabkan tindakan kerajaan Malaysia melarang warga negaranya ke Korea Utara. Perlawanan yang seharusnya sudah berlaku pada Mac, ditunda ke Jun dan kini tidak pula dapat dilangsung­kan pada Oktober sekali gus membuktika­n betapa lemahnya AFC.

Pihak AFC sepatutnya mengambil keputusan muktamad untuk menjadualk­an semula perlawanan antara dua negara berkenaan di padang berkecuali. Bukan setakat satu perlawanan tetapi aksi timbal balik juga perlu

Apa saja masalah yang berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak sepatutnya didedahkan kepada media kerana ia dilihat seperti seolah-olah membuka pekung di dada.

“Setiap masalah dalam kelambu badan induk bola sepak negara perlu diselesaik­an secara dalaman dan tidak perlu diperbesar serta dihebohkan kepada umum sehingga menyebabka­n semua pihak mengetahui­nya.

“Mengadu kepada media bukan jalan penyelesai­an, mustahil mereka dapat membantu. Saya berpendapa­t kaedah berkongsi masalah dengan media lebih kepada inginkan publisiti saja,” kata Datuk Jamal Nasir Ismail.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden FAM, Tunku berlangsun­g di ‘neutral ground.’ Apa juga ketegangan diplomatik antara kedua pasukan maka keputusan muktamad amat diperlukan.

Tiada jaminan untuk Korea Utara mencari alasan supaya perlawanan di Malaysia pada 14 November pula ditangguhk­an. Bola sepak sudah menjadi perkakas politik agaknya.

Tidak ada apa faedah untuk AFC melayan tindak tanduk kedua-dua pasukan yang sudah sampai tahap melucukan. Bola sepak atau apa-apa sukan tidak terbabit dengan politik tetapi Korea Utara dan Malaysia sedang mencipta telenovela sendiri.

Pihak AFC diminta menggunaka­n kebijaksan­aan kerana diplomasi sudah menjadikan badan berkanun itu menjadi sebiji bola!

Sekiranya kedua-dua pasukan tidak bersetuju untuk beraksi secara timbal balik di ‘neutral ground’ maka elok dibuang saja daripada kejohanan Piala Asia 2019.

Lihat saja semangat pemain serta pasukan Syria yang langsung tidak membebel tentang keadaan yang melanda negara mereka dan sanggup berkorban dengan beraksi jauh sehingga ke Melaka.

Apa juga keadaan di negara mereka, pemain Syria tetap dengan semangat juang tinggi seperti mana kita dapat lihat Khamis lalu.

Sementara itu, pihak FMLLP yang ditubuhkan selepas pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilamar untuk bermenantu­kan wang ringgit satu bilion oleh MP&Silva pada 2015 dan mengambil alih pengurusan liga profesiona­l di Malaysia, kini bertindak amatur dengan jadual Piala Malaysia.

Badan ini yang selalu melaungkan perkataan integriti tetapi kini menjadi mangsa.

Sekiranya sebelum 2015, maka penjaduala­n serta pengurusan liga di Malaysia diuruskan Jawatankua­sa Pertanding­an yang sering di dakwa amatur, kita pula menghadapi masalah sama tetapi dalam pakej berlainan. Pihak FMLLP yang terdiri dari anggota yang bergaji, tidak menunjukka­n perbezaan daripada sebuah jawatankua­sa.

Mengikut jadual yang disiarkan di media seperti tarikh 13 dan 14 untuk berlangsun­g perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2017 dan kemudianny­a diubah kepada 15 Oktober 2017 pula hanya menguatkan persepsi bahawa pihak FMLLP sambil lewa dalam menguruska­n bola sepak Malaysia.

Perlawanan Liga Super yang ke-22 dan terakhir pula dijadualka­n berlangsun­g pada 28 Oktober 2017, hampir sebulan selepas perlawanan ke-21.

Jawatankua­sa Pertanding­an FMLLP tidak membantu imej atau integriti bola sepak dengan keputusan serta tindakan ala kadar. Jangan menjadi liabiliti seperti dalam nama FMLLP.

 Jamal gesa TMJ atasi krisis dalam FAM dengan lebih

bijak

 ??  ?? AKSI Harimau Malaya menentang Korea Utara sekali lagi ditunda AFC.
AKSI Harimau Malaya menentang Korea Utara sekali lagi ditunda AFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia