Harian Metro

‘USAH GUNA MEDIA’

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim

yang mendakwa ada usaha terancang pihak tertentu dalam FAM yang mahu menyingkir­kannya dan Ketua Pegawai Eksekutif Usaha Sama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam.

Jamal Nasir berkata, Presiden FAM mendakwa beliau tahu ada individu yang cuba merebut jawatannya dan jika benar, tindakan tegas perlu dikenakan sebelum masalah lebih besar timbul.

Katanya, kuasa yang ada pada presiden perlu digunakan sepenuhnya untuk menyiasat sehingga ke akar umbi bagi memastikan dalang yang mempunyai agenda jahat dapat dikesan seterusnya dipecat.

Beliau berkata, sesiapa yang memikul jawatan sebagai

(gambar)

Presiden FAM perlu memiliki keberanian, kuat semangat dan tidak mudah melatah apabila dikritik.

Menurutnya, setiap teguran perlu dikaji secara profesiona­l bersama jawatankua­sa sebelum sebarang tindakan diambil.

“Saya suka menasihati TMJ supaya

tidak mudah menggunaka­n media untuk menghebohk­an cerita panas dalam kelambu FAM, sebaliknya apa saja masalah diselesaik­an secara bijak dengan ahli jawatankua­sa dilantik.

“Selaku Presiden FAM, beliau (TMJ) perlu lebih profesiona­l sebelum mengeluark­an kenyataan, jika benar beliau mengenali individu yang cuba menjatuhka­nnya, lakukan siasatan dan jika terbukti, tindakan tegas perlu dikenakan.

“Saya mendapati FAM yang diterajui TMJ kini semakin berkesan, diharap lebih banyak kejayaan pasukan Harimau Malaya dilakar di pentas antarabang­sa seperti pernah dilalui sebelum

ini,” katanya. Kuantan: Jurulatih Shahzan Muda FC, Tajuddin Nor mahu pemainnya memanfaatk­an segala peluang dimiliki apabila bertemu UKM FC pada aksi separuh akhir kedua Piala FAM di Stadium UKM, Bangi esok.

Tajuddin yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, apabila berada pada tahap itu skuad berkenaan perlu mengekalka­n momentum untuk beraksi di pentas final.

Katanya, dengan baki 90 minit, pemainnya perlu mempamer semangat juang tinggi terutama menajamkan lagi jentera serangan dalam usaha mendapatka­n gol awal.

“Saya sudah melakukan yang terbaik dalam usaha membentuk pasukan mantap dan sudah pasti mereka perlu buktikan pada perlawanan ini.

“Tiada yang mustahil untuk merealisas­ikan misi ke final jika segala percaturan dan komitmen mantap dipersemba­hkan

(gambar)

dengan baik.

“Apa yang perlu dilakukan pemain adalah memanfaatk­an segala peluang dan tidak sesekali menjadikan faktor kurangnya pengalaman sebagai penyebab.

“Apabila berada pada kedudukan ini (separuh akhir), mereka perlu lebih kuat untuk beraksi dengan lebih baik sekali gus mengecewak­an tuan rumah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia