Harian Metro

Nafas baru dunia hiburan

-

Harus diakui industri muzik tempatan kini dibanjiri ramai penyanyi muda. Malah tidak keterlalua­n andai dikatakan mereka menguasai industri seni tempatan apabila single dihasilkan mendominas­i kebanyakan carta lagu popular.

Mereka yang mendapat jolokan ‘budak baru nak up’ dalam kalangan penggiat industri ini turut meraih populariti mendadak apabila ada antara lagu mereka mendapat lebih 40 juta tontonan di laman sosial YouTube.

Tidak dinafikan penyanyi muda dan berusia belasan tahun kini menjadi fenomena sejak Aiman Tino muncul dengan single pertama, Ku Rela Dibenci.

Selepas itu lahir ramai penyanyi seangkatan­nya seperti Irfan Harris, Haqiem Rusli, Tajul, Ismail Izzani dan terbaharu, As’ad

Motawh yang dilihat menjadi pesaing buat Aiman Tino memandangk­an karya yang dihasilkan penyanyi remaja lain turut menjadi kegilaan serta mendapat sambutan hangat peminat.

Bling! minggu ini menggandin­gkan Aiman dan As’ad dalam satu fotografi khas untuk muka depan. Ketika ditemui, Aiman akui tidak pernah melihat kemunculan ramai penyanyi lelaki sebaya serta meraih populariti mendadak sebagai satu persaingan.

Sebaliknya kata Aiman, dia seronok apabila kehadiran mereka juga diterima baik peminat dan mengalu-alukan lebih ramai rakan sebaya yang berasakan mempunyai bakat untuk bersama-sama mewarnai industri hiburan tempatan.

“Alhamdulil­lah, sepanjang dua tahun menempa nama dalam industri seni nyanyian saya lihat ramai wajah baru muncul dengan lagu yang turut mendapat sambutan hangat di radio.

“Ini bermakna kehadiran saya membuka jalan kepada bakat muda ini untuk menonjolka­n kemampuan nyanyian mereka. Sekarang apabila jalan itu sudah terbuka, saya mempelawa bakat muda lain untuk bersama-sama mencuba nasib,” katanya.

Aiman juga seronok kerana kehadiran rakan sebaya untuk samasama bergelar penyanyi dan diterima peminat membuatkan dirinya berasa tidak keseoranga­n.

Bakal tampil dengan single duet bersama kakaknya,

Fara Hezel, Aiman melihat kebanjiran penyanyi muda yang berbakat besar ini sebagai satu saingan sihat untuk saling tampil dengan produk yang bagus.

“Saya kini sedang

Aiman, As’ad tidak lihat persaingan rakan seangkatan

dari sudut negatif

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia