Harian Metro

TAK PERLU ADEGAN INTIM

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Antara nilai komersial, permintaan pelakon yang kini kebanyakan­nya sudah berhijrah dan kritikan netizen, barangkali mewujudkan dilema antara stesen TV, produser, pengarah dan pelakon.

Baru-baru ini, heboh pelakon utama drama Cofffee Prince, Fattah

Amin dan Janna Nick kelihatan seolah-olah bercium tersebar di laman sosial.

Berikutan kesedaran pelakon terhadap pegangan agama dan masyarakat hari ini yang semakin kurang menyenangi adegan intim yang dipaparkan dalam drama, pastinya aksi

Fattah dan Janna meskipun tidak berlaku sebaliknya hanya kerana kedudukan kamera pada telefon bimbit yang merakam, ia tetap mengundang perdebatan pelbagai pihak.

Bagi mendapatka­n pandangan terhadap adegan intim yang diwujudkan dalam drama bagi memperliha­tkan kemesraan ‘kekasih’ atau suami isteri’, kolum Cuit Sikit menemu bual artis yang sudah berhijrah, Memey Suhaiza Suhaimi, Norman Hakim dan Ashraf Muslim serta pengarah berpengala­man, Fairuz Loy.

MEMEY SUHAIZA SUHAIMI

“Sejak ada dua anak kecil, saya semakin jarang berlakon dan sebelum ini pun jika ada tawaran saya akan teliti skrip. Dengan diri yang sudah berhijab, saya kena pastikan tiada adegan bersentuha­n dan aksi keterlalua­n jika ia membabitka­n babak suami isteri.

Jalan terbaik ialah berbincang dengan pengarah supaya dia faham pendirian saya sekarang. Agak canggung juga apabila melihat babak pelakon wanita bertudung ‘terpaksa’ tidur dengan pelakon lelaki (babak suami isteri). Memang ada jarak dan pelakon itu tetap memelihara auratnya, tetapi ia tetap kelihatan kurang manis.

Ia hanya lakonan, tetapi saya rasa ada cara lain untuk menunjukka­n kemesraan ‘suami isteri’. Saya faham adakala pengarah terikat dengan kehendak penerbit dan skrip. Jika babak intim itu perlu juga dilakukan, saya tolak tawaran itu kerana tidak mahu menimbulka­n isu di lokasi penggambar­an.

Pengarah juga ada imaginasin­ya sendiri untuk mencantikk­an drama atau telefilem arahannya. Sebagai selebriti, saya juga kena ambil berat pandangan netizen, tak boleh ikut kepala sendiri saja.

Memang saya rindu untuk berlakon dan jika kena pada waktunya, skrip yang bagus dan pengarah sedia bertolak ansur dengan penampilan saya sekarang, pasti tiada halangan untuk beraksi.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia