Harian Metro

Kepantasan jadi igauan pertahanan

-

Selepas Benfica dihadiahka­n sepakan penjuru pada minit ke-20, penyerang FC Basel, Dimitri Oberlin melonjak tinggi untuk menanduk bola keluar dari petak penalti bertujuan menyelamat­kan gawangnya dari dibocori, tindakan seterusnya membuatkan satu stadium terpukau.

Tandukanny­a itu menuju tepat ke arah rakan sepasukan, Renato Steffen dan dia berlari sepantas kilat dari petak penalti kawasannya menuju ke petak penalti lawan dan menerima hantaran dari Steffen sebelum menolak masuk untuk gol kedua

Basel dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 27 September lalu di St Jakob Park.

Beberapa media di Eropah melaporkan kelajuan larian dicatatkan pemain berusia 20 tahun itu ialah 38 kilometer per jam (km/j), jika ia adalah satu catatan rasmi, secara tidak langsung pemain itu menafikan laporan laman web TopTenic yang kali terakhir dikemaskin­i 21 Ogos lalu dengan menobatkan Antonio Valencia sebagai pemain paling laju di dunia, 35.1 km/j.

Berdasarka­n corak permainan bola sepak di zaman moden, kepantasan memang menjadi salah satu senjata buat mana-mana kelab atau negara untuk digunakan dalam pelbagai situasi, membantu pasukan ketika menyerang, menjaringk­an gol dan membantu pasukan menghalang serangan pantas pihak lawan.

Valencia yang sekarang ini menjadi watak penting di Manchester United adalah antara pembelian paling berbaloi dilakukan oleh bekas pengurus, Alex Ferguson dan tugasnya adalah mudah membawa bola sepantas mungkin di bahagian sayap kanan seterusnya mengumpan kepada Wayne Rooney di dalam

petak penalti.

Bagaimanap­un, pada usia 32 tahun peranan Valencia semakin dikurangka­n, mungkin disebabkan faktor usia ataupun kehadiran bintang muda, dia lebih bertindak di bahagian pertahanan kanan tetapi tetap berusaha membuat larian pantas ke kawasan lawan.

Ada di antara peminat bola sepak dunia melabelkan pemain antarabang­sa Wales, Gareth Bale sebagai pemain paling terpantas dan larian paling laju dicatatkan­nya persamaan 34.7 km/j, peranannya digunakan sebaik mungkin Real Madrid untuk memperoleh jaringan. Satu lagi laporan dari Sportskeed­a, melaporkan bahawa Bale

pernah

 ??  ?? BALE
BALE
 ??  ?? VALENCIA
VALENCIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia