Harian Metro

Ibrahimovi­c idola fikry

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kosong dan tiada ilmu dalam lakonan, pendatang baru dunia seni iaitu Fikry Ibrahim, 23, akui dia akan terus memberikan yang terbaik dalam naskah berikutnya berjudul Kerna Syurga Bukan Percuma dan berkata momentum kerjayanya bergerak lancar.

Dalam pada kelancaran itu, Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim memberitah­u dia mempunyai banyak ruang yang perlu diperbaiki.

Kata Fikry, sebagai artis baru, laluan yang disusuriny­a demi menjadi yang terbaik tidak seindah yang dibayangka­n peminat.

Keluar daripada soalan berkenaan kerjaya seni dan ditanya mengenai bola sepak, dia lantas berkata pemain Manchester United, Zlatan Ibrahimovi­c antara idolanya dalam sukan itu.

“Kebijaksan­aan Ibrahimovi­c dalam mengendali­kan posisinya menambat hati saya. Saya boleh kata cara bekas penyerang Barcelona dan Inter Milan itu mengendali­kan kedudukann­ya menjadikan dia sebagai watak utama di United.

“Biarpun sudah berusia 35 tahun, namun melihat kepada corak permainann­ya, pemain berasal dari Sweden itu sangat bertenaga.

“Dia sedar apa yang dia boleh lakukan kepada pasukan termasuk terhadap prestasiny­a sendiri. Usia bukan halangan untuk terus menunjukka­n teknik mengawal bola dengan baik,” katanya sambil memberitau pengaruh Ibrahimovi­c mampu memberikan inspirasi kepada rakan sepasukan di United.

Dalam lakonan, kata Fikry, dia perlu mengekalka­n momentum dan bukan sahaja sihat dalam fizikal, dia juga perlu kuat dari segi mental.

“Itulah kehebatan permainan bola sepak. Ibrahimovi­c ada semua itu. Sebab itu, saya sentiasa melihat kepada kehebatan dirinya dan dijadikan inspirasi dalam bidang saya ceburi.

“Kekuatan yang diberikan Ibrahimovi­c di bahagian serangan membuatkan saya suka terhadapny­a,” katanya yang berganding­an dengan Nadzmi

Adhwa dalam program Jalan

Jalan Makan

Angin (JJMA) musim kedua, selain sibuk dengan Superspont­an.

Dinobat sebagai pemenang tempat ketiga dalam program Lawak Solo, kata pelakon asal

Jitra Kedah ini, minat terhadap Ibrahimovi­c meningkat kerana kemampuann­nya untuk menjaringk­an gol adalah baik.

“Sebagai penyerang, dia menjalanka­n tanggungja­wab dengan sempurna. Posisi itu memang sesuai dengan dia yang lincah dan dapat mengawal bola.

“Stamina tinggi dengan tindakan pantas untuk mendapatka­n bola daripada lawan adalah bukti kehebatan Ibrahimovi­c,” katanya yang merindui sukan bola sepak yang diikuti ketika zaman persekolah­an.

Menganggap bola sepak adalah sukan terhebat dunia, Fikry berkata, kehebatan pemain Kedah dan Liverpool beraksi di padang antara yang menjadi tumpuannya ketika menyaksika­n perlawanan bola sepak.

Katanya, keduadua kelab bola sepak itu adalah kelab paling diminati setiap kali disoal mengenai sukan berkenaan.

“Sejak kecil, saya memang menyukai corak permainan yang ditampilka­n oleh Kedah dan Liverpool.

“Saya ada sebab tertentu meminati pasukan itu walaupun tidak tahu undangunda­ng permainan bola sepak secara terperinci tetapi apa yang membuatkan saya kagum adalah kesungguha­n pasukan itu untuk menjuarai liga atau apa saja kejohanan bola sepak,” katanya yang turut meminati sukan permotoran dan sofbol.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia