Harian Metro

PELLEGRI pecah rekod

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Tidak keruan Marco Pellegri selepas melihat anaknya sendiri Pietro Pellegri berjaya menjaringk­an gol kedua ketika menentang Lazio 17 September lalu, beliau mengibas-ngibas rambutnya dengan tangan dan dalam masa sama cuba menyeluk telefon bimbit dalam kocek jaketnya.

Penolong jurulatih

Genoa berusia 53 tahun itu seboleh-bolehnya tidak mahu menitiskan air mata, tapi apakan daya kegembiraa­n mengatasi segalanya selepas Pietro berjaya mencipta rekod bukan saja di Serie A, malah liga utama di Eropah.

Dua gol yang disumbangk­an

Pietro walaupun pasukannya tumpas 2-3 membolehka­nnya memahat sejarah tersendiri, pemain paling muda menyumbat dua gol dalam satu perlawanan pada usia 16 tahun.

Pada perlawanan itu dia hanya masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-33 apabila Ricardo Centurion dikeluarka­n, namun berjaya mencuri perhatian dan paling penting melunaskan hajat bapanya.

Marco pernah berkata, beliau boleh mati dalam keadaan tenang jika dapat melihat anaknya itu bermain bersama Genoa di Stadium Luigi Ferraris.

Hari yang penuh bersejarah itu menenggela­mkan kemenangan Lazio, malah media di Itali lebih banyak memberi tumpuan kepada Pietro, keesokan harinya gambar bapanya yang menangis kegembiraa­n juga memenuhi dada akhbar di negara berkenaan.

“Satu gol saya tujukan khas buat penyokong, kerana saya adalah kelahiran

Genoa sama seperti mereka. Satu lagi untuk bapa saya,” katanya yang pernah mewakili skuad Bawah 15 (B15), B-16 dan B-17 Itali.

Keluarga Pellegri memang berasal dari Genoa dan tinggal di Pegli, bandar tepi laut di bahagian barat serta berdekatan dengan tempat latihan pasukan berkenaan.

Marco memang sudah bertahun bekerja dengan kelab berkenaan terutama di bahagian akademi dan isterinya, Marzia pula dari keluarga yang menyokong kelab Sampdoria tapi Pietro lebih tertarik mewakili Genoa.

Ada yang mula risau

Pietro akan menjadi bongkak di sekolah apabila sudah mencatat sejarah dan menjaringk­an gol bagaimanap­un peminat tidak perlu risau kerana pemain yang menjadikan Zlatan Ibrahimovi­c sebagai idola ini belajar sendiri di rumahnya.

”Saya tidak dapat berasa seperti orang yang hebat di sekolah,” katanya yag memecahkan rekod Serie A yang dipegang Silvio

Piola pada tahun 1931 menjaringk­an gol di usia 17 tahun 104 hari.

Rekod yang dicatatkan Pietro ialah 16 tahun 112 hari dan apa yang sudah dilakukann­ya itu juga mula mendapat perhatian kelab gergasi di Eropah seperti Juventus, Manchester United dan Chelsea.

“Saya hanya akan berdiam diri dan tidak mengharap mendapat peluang beraksi lebih banyak. Dua gol di Marassi dan di bahagian utara stadium (tempat duduk Ultras Genoa) sudah memenuhi impian saya,” kata Pietro.

 ??  ?? PELLEGRI
PELLEGRI
 ??  ?? PELLEGRI sentiasa menjadi pilihan untuk mewakili pasukan remaja Itali.
PELLEGRI sentiasa menjadi pilihan untuk mewakili pasukan remaja Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia