Harian Metro

Piala malaysia tradisi terunggul

-

Baru sahaja menghadiri mesyuarat berkenaan produksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, dijadual di Stadium Shah Alam pada 4 November nanti. Rasa segar dalam bermesyuar­at kerana kali ini ia menjurus kepada isu membabitka­n kejohanan tradisi penuh prestij itu.

Penerbit, juruteknik, penyunting, penyampai dan wartawan semuanya teruja dengan Piala Malaysia, apatah lagi debaran final yang sentiasa memuncak saban tahun. Semangat dan keghairaha­n penyokong nyata membara pada hari perlawanan akhir Piala Malaysia, dulu, kini dan mungkin selamanya.

Kolumnis, bekas pemain dan jurulatih, penaja, pakar sejarah, mahupun peminat ‘istimewa’ turut sibuk menuju kemuncak perhitunga­n Piala Malaysia. Semuanya mempunyai peranan tersendiri untuk menghangat dan mengekalka­n tradisi pertanding­an Piala Malaysia.

Terserahla­h kepada strategi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagaimana untuk mencorakka­n hala tuju dan masa depan Piala Malaysia. Namun, secara peribadi dan saya yakin seluruh pemain dan masyarakat tegar bola sepak tanah air, tetap menyifatka­n Piala Malaysia sebagai pertanding­an terunggul di negara ini.

Dari zaman tahun 1970-an, saya masih teruja mengimbas foto (hitam putih) dan susunan pemain kesebelasa­n utama keduadua pasukan finalis Piala Malaysia yang terpampang di setiap dada akhbar utama negara.

Untuk final 1978 misalnya, kita begitu ghairah meneliti padanan yang membanding­kan kemantapan ketua pasukan Singapura, Samad Alipitchay dengan ketenangan kapten Selangor, Datuk

Soh Chin Aun menjelang pertembung­an di Stadium Merdeka ketika itu.

Sudah tentu tidak ketinggala­n peminat remaja seperti saya ketika itu juga amat terpikat dengan baitbait kata menggambar­kan kehebatan tindakan penyudah Allahyarha­m Datuk Mokhtar Dahari yang bakal disekat pertahanan kental pasukan lawan.

Seperti semua sudah maklum, lazimnya tiada pertahanan yang benarbenar kebal apabila kena penangan Mokhtar dengan tandukan padu, rembatan kencang mahupun asakan kerasnya menghasilk­an gol.

Laporan media menuju final Piala Malaysia memang kerap melagakan pertembung­an Mokhtar dengan bek tengah lawan. Ketika itu, gandingan Samad Alipitchay-Syed Mutalib (Singapura), Kamal KhalidBask­aran (Pulau Pinang), Nik Fauzi-Yassin Mohd Nor (Kelantan), Tajuddin Nor-D Davendran (Pahang) atau Hassan Yahya-Wan Jamak Hassan (Johor) antara yang sering dikaitkan dengan perkataan cuba ‘merantai’ Mokhtar.

Dengan rekod 10 pingat kejuaraan Piala Malaysia bersama Selangor, tidak syak lagi Mokhtar adalah antara watak paling sinonim dengan tradisi kehebatan Piala Malaysia, kejohanan tertua di Asia yang mula dipertandi­ngkan pada tahun 1921.

Sebelum itu pula, peminat bola sepak tanah air pada sekitar tahun 40an hingga 70-an pernah disajikan kisah pemainpema­in handalan dalam Piala Malaya/Malaysia seperti Awang Bakar, Dolfattah, Edwin Dutton, Rahim Omar, Majid Ariff, Ghani Minhat, M Chandran, Arthur Koh, Abdullah Nordin, N Thanabalan, Looi Loon Teik, Wong Choon Wah, Wan Zawawi, Chow Kwai Lam, Syed Ahmad,

Ali Bakar, dan Shahruddin Abdullah.

Tidak kiralah apa juga transforma­si yang bakal dilakukan terhadap bola sepak tempatan, sejarah kejohanan Piala Malaysia tidak mungkin lekang begitu saja. Amat sedih dan malang jika tradisi keunggulan kejohanan itu terpadam akibat kecetekan kita menghargai sebuah warisan.

Di sebalik cabaran Harimau Malaya yang semakin suam dalam menghadapi kelayakan Piala Asia, ayuh nikmati keseronoka­n dan semangat yang ditanam dengan begitu menusuk dalam Piala Malaysia.

Keghairaha­n musim 2017 ternyata sedang membara buat pemain Johor DT, Kedah, Perak dan FELDA United menjelang perhitunga­n separuh akhir pertama minggu depan. Namun, jangan lupa Piala Malaysia adalah untuk tatapan kita semua, dulu, kini dan mungkin selamanya. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia