Harian Metro

Apa sudah jadi FMLLP?

-

Sejak akhir-akhir ini Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menjadi mangsa serangan peminat bola sepak tempatan di laman sosial berikutan beberapa keputusan mereka yang dilihat agak keterlalua­n atas alasan kurang munasabah.

Spy Bola pun hairan kenapa perkara seperti ini boleh berlaku dan mula rasa hilang hormat dengan FMLLP yang sesuka hati membuat keputusan saat akhir termasuk menukar tarikh perlawanan serta lokasi perlawanan.

Seperti ada yang tidak kena dalam FMLLP tapi Spy Bola tidak mahu serkap jarang membuat sebarang tuduhan melulu dan

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam perlu memikirkan jalan terbaik untuk menjelaska­n kepada peminat dengan alasan lebih kukuh.

Bukan apa tengah rancak saingan Liga Malaysia berlangsun­g dan peminat pun semakin ghairah untuk turun ke stadium, tapi apabila perkara ini berlaku ia boleh membunuh semangat serta minat mereka satu hari nanti.

Jadi jalan terbaik musim depan mereka harus merancang dan membuat jadual dengan memikirkan sama mengenai sebarang kemungkina­n termasuk aksi membabitka­n skuad kebangsaan, temasya besar dan apa saja yang mempunyai kaitan dengan hari kebesaran di Malaysia.

Peminat pula dalam satu lagi sudut lain jangan hendak menghentam saja, fikir secara rasional dan terima alasan FMLLP sedalamdal­amnya kerana mereka juga bukannya mahu membunuh kerancakan saingan bola sepak tempatan, tentu ada alasan yang kukuh dalam sebarang perubahan.

 ??  ?? KEVIN
KEVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia