Harian Metro

Perlis Oh Perlis

-

Hanya tinggal satu saja lagi baki perlawanan Liga Perdana dan tiga pasukan, Perlis, MISC-MIFA dan ATM sedang bergelut untuk tidak tersingkir ke saingan Piala FAM musim depan, di mana ketigatiga­nya masih ada peluang untuk kekal atau menjadi mangsa dalam saingan kali ini.

Spy Bola sedih pasukan yang gah dengan mara ke perlawanan akhir

Piala Malaysia tiga kali berturut-turut 2004, 2005 dan 2006 iaitu Perlis sangat terumbang-ambing musim ini, berbeza berbanding musim lalu walaupun tidak berada dalam kelompok tiga terbaik tapi masih mampu berada di kedudukan selamat.

Pelbagai khabar angin Spy Bola dengar dengan masalah pasukan yang digelar Singa Utara ini dan paling menarik ialah permainan tuding jari, Majlis Sukan Negeri (MSN) salahkan kerajaan negeri, kerajaan negeri salahkan pihak pengurusan, pihak pengurusan salahkan

MSN, pihak pengurusan salahkan kerajaan negeri.

Kalau macam ini sampai bila kita hendak lihat pasukan Perlis yang hebat seperti dulu, pasal gaji ataupun caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Spy Bola tidak mahu sentuh, jika masalah itu masih wujud maknanya tiada perubahan langsung sejak dari zaman dulu lagi.

Lampu limpah pula entah bila hendak selesai, kalau asyik tidak bersedia dan semua pihak saling menyalahka­n antara satu sama lain, sampai kesudahlah pemain serta penyokong berpanas di Stadium Tuanku Syed Putra.

Satu saja Spy Bola tabik dalam hal ini, iaitu Ultras Perlis-Brigate Gialloblu dan penyokong setia yang tidak putus semangat untuk memberi sokongan walaupun berpanas, berhujan janji pasukan kesayangan mereka mampu naik semangat mencatat kemenangan.

Buka mata sikit, tidak kira mana-mana pihak sekali pun, jangan sebab politik, kepentinga­n peribadi dan malas pasukan pula yang menjadi mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia