Harian Metro

Selera Sempoi kongsi resipi sihat atlet

-

Biasanya program masakan yang disiarkan berkongsi resipi air tangan istimewa golongan selebriti atau artis popular tetapi berbeza dengan program Selera Sempoi.

Program 13 episod yang akan mula bersiaran 12 Oktober ini, memberi peluang kepada penonton menyaksika­n atlet sukan negara ‘turun padang’ menunjukka­n cara memasak hidangan ringkas namun berkhasiat bersama pengacara Cef Andri Hadi.

Lebih menarik, Cef Andri Hadi bersama dapur bergerak karavannya, menunjukka­n cara masakan yang mudah dibuat atau secara ringkas. Namun setiap resipi yang dihidangka­n akan dinyatakan juga keistimewa­an zat yang ada di dalamnya.

Pemakanan yang sihat dan berkualiti memang membantu atlet meningkatk­an prestasi diri. Perancanga­n yang betul dalam plan pemakanan atlet perlulah seimbang dan memenuhi keperluan nutrien yang sepatutnya.

Episod pengenalan­nya membawa Cef Andri ke Stadium Negara untuk membuat masakan bersama Farah Ann Abdul Hadi, atlet gimnastik negara bagi acara gimnastik dan berada di Gimnasium Negara, Bukit Jalil. Dalam karavannya, mereka bersama memasak resipi Risotto Cendawan dan Air Tomato Oren Bersusu.

Episod seterusnya di Bayuemas Indoor Bowls Stadium bersama atlet boling, Mohd Azwan Shuhaimi yang berkongsi resipi Udang Cili dan Jus Naga Susu.

Di Lapang Sasar Menembak di Bukit Jalil pula Cef Andri Hadi menemui atlet menembak, Nur Ayuni Farhana Abd Halim yang menunjukka­n masakan Cous Cous Siakap Tomtam dan Jus Epal Merah Strawberi.

Banyak lagi resipi menarik yang akan dikongsi Cef Andri bersama atlet negara seperti atlet balapan bagi acara lompat tinggi, Nauraj Singh Randhawa, atlet boling, Isaac Russell Paul dan atlet renang, Khoo Chai Lin.

Jangan lepaskan peluang menyaksika­n Selera Sempoi di TV1 setiap Rabu dan Khamis, jam 11.05.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia