Harian Metro

LENGKAPI KONSEP DARI LADANG KE PINGGAN

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Dekorasi ruang TeknoKafe@goat2gofar­m diserikan dengan perabot kayu pale

Kekuatan produk kayu palet tidak hanya terhad sebagai hiasan atau pelengkap taman semata-mata.

Elemen ini juga menarik dan membawa keindahan tersendiri dalam menyerikan ruang dalaman.

Tidak terkecuali ruang kafe yang menerapkan konsep dekorasi tertentu berasaskan kayu palet untuk diselarika­n dengan menu sajian ditawarkan.

Malah siapa yang tidak teruja sebaik berpeluang menjamu selera dalam persekitar­an mesra alam dan natural.

Terletak Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor, TeknoKafe@goat2gofar­m menyingkap seribu satu keunikan.

Bukan sekadar kelainan menu, malah tarikannya turut terletak pada dekorasi ruangnya yang diserikan dengan perabot kayu palet.

Di kelilingi kehijauan alam merangkumi ladang, kebun dan laman pertanian, kunjungan ke kafe itu nyata berbaloi.

Melangkah masuk, tumpuan pertama pasti terarah kepada susun atur menarik set kerusi dan meja makan berasaskan kayu palet.

Didekorasi­kan dalam suasana santai dan praktikal untuk keselesaan anda, hakikatnya ia menawarkan konsep menarik.

Menurut salah seorang pemiliknya Hamidon Tambih, kafe berlatarka­n keunikan kayu palet itu antara pelengkap kepada konsep dari ladang ke pinggan (‘from farm to plate’).

“Ia sebagai pelengkap suasana menjamu selera dalam suasana ‘ladang’ dan kehijauan.

“Daripada rekaan, pilihan produk hingga susun atur kayu palet ini semuanya kami ilhamkan sendiri supaya ia lebih eksklusif,” katanya yang sama-sama membangunk­an kafe berkenaan bersama dua lagi pemilik iaitu Dr P Azhar Zakaria dan Nordin Mat.

Bermula dengan ruang utamanya reka letak meja dan kerusi makan kelihatan tampil dengan rekaan praktikal serta santai.

Perancanga­n ruang yang sempurna menambahka­n keselesaan menjamu selera dan pergerakan.

Dalam melengkapk­an keunikanny­a, beberapa ruang kecil diwujudkan bersebelah­an ruang makan utama.

“Ia lebih kepada ruang privasi untuk anda yang bercadang mengadakan

 ??  ?? RUANG utama menarik dengan susun letak
set meja dan kerusi makan kayu palet.
RUANG utama menarik dengan susun letak set meja dan kerusi makan kayu palet.
 ??  ?? REKAAN dihasilkan untuk memenuhi keperluan anda ketika berada di kafe
itu sama ada untuk perbincang­an atau santai.
REKAAN dihasilkan untuk memenuhi keperluan anda ketika berada di kafe itu sama ada untuk perbincang­an atau santai.
 ??  ?? Daripada rekaan, pilihan produk hingga susun atur kayu palet ini semuanya kami ilhamkan sendiri supaya ia lebih eksklusif
Daripada rekaan, pilihan produk hingga susun atur kayu palet ini semuanya kami ilhamkan sendiri supaya ia lebih eksklusif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia