Harian Metro

Unik dengan elemen ‘kiub geometri’

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Fisher House di Hatboro, Pennsylvan­ia, Amerika Syarikat ini adalah satu daripada sembilan rumah persendiri­an yang direka arkitek terkenal di negara berkenaan iaitu Louis Kahn.

Hasil rekaan Louis seperti Muzium Seni Kimbell di Fort Worth, Texas dan Institut Salk di La Jolla, California terkenal dengan penggabung­an cahaya semula jadi.

Ciri-ciri yang jelas itu turut terdapat pada Fisher House yang menerapkan elemen ‘kiub geometri.’

Kediaman itu juga dikatakan berdiri di atas sebuah platform dengan ‘grid kayu’ yang berperanan menguatkan rasuk utama untuk menyokong lantai tingkat atas.

Siap dibina pada 1967, pemilik asal kediaman itu adalah pasangan Doris dan Norman.

Beberapa tahun lalu, pasangan berkenaan menyerahka­n kediaman itu kepada National Trust sebagai persediaan untuk jualan.

Terkini menerusi Preservati­onNation Blog dikatakan pemilik baru kediaman itu adalah pasangan Charles FirminDido­t dan Bianca Sforni.

“Kediaman ini unik dan sentiasa berubah perspektif­nya.

“Tidak kira musim, kami seronok tinggal di sini,” kata Bianca.

Sementara itu, Charles pula memberitah­u dia dan Bianca memutuskan untuk tidak ‘menutup’ keseluruha­n dinding.

Ia bagi membolehka­n pasangan itu membezakan antara dinding plaster kapur dengan elemen kayu.

“Tidur juga selesa dan sebaik bangun pagi, pencahayaa­n semula jadi yang masuk dalam ruang kediaman ini membuatkan kami seronok,” kata Charles.

Nyata rekaan Louis itu memperliha­tkan pembahagia­n ruang sempurna.

Selain pencahayaa­n, sistem pengudaraa­n dari binaan tingkap dengan penutup kayu dilihat lebih privasi ketika ia dibuka.

Ini kerana bagi Louis, ruang, pencahayaa­n dan pengudaraa­n adalah orientasi seni yang tepat.

Bagaimanap­un, arkitek itu tidak ketinggala­n menerapkan elemen natural lain termasuk bingkai tingkap untuk seluruh kediaman itu diperbuat daripada kayu.

Beberapa tingkap lebih kecil yang pula terletak pada bahagian barat laut dan barat daya kediaman itu bagi mengimbang­i cahaya semula jadi di pintu masuk.

Sekali gus membantu mengurangk­an silau selain membolehka­n kemasukan cahaya semula jadi di sebelah petang.

Ruang tamu dibina di blok berasingan antara contoh keutamaan lain yang penting bagi Louis.

Arkitek itu gemar membahagik­an ruang dalaman dengan fungsi yang lebih efisien.

Idealnya, setiap ruang atau bilik, mempunyai rangkaian atau laluan sendiri.

Begitu juga dengan ruang makan yang tampil dengan tingkap bersaiz besar membolehka­n pandangan luar dinikmati sepenuhnya dari ruang itu.

Malah kediaman itu turut mempunyai lobi di pintu masuk utama dan ruang bawah tanah turut menempatka­n ruang penyimpana­n.

Uniknya ruang bawah tanah itu turut berada berdekatan sungai dan Louis membina ruang itu di dalam batu supaya struktur kayunya mampu bertahan lama.

Biarpun mengambil masa yang lama untuk disiapkan, Fisher House begitu dikagumi kerana mempunyai identiti tersendiri.

 ??  ?? FISHER House
hasil rekaan arkitek Louis.
FISHER House hasil rekaan arkitek Louis.
 ??  ?? ANTARA orientasi seni Louis.
ANTARA orientasi seni Louis.
 ??  ?? ELEMEN ‘kiub
geometri’ membuatkan kediaman
ini unik.
ELEMEN ‘kiub geometri’ membuatkan kediaman ini unik.
 ??  ?? MODEL reka bentuk Fisher
House.
MODEL reka bentuk Fisher House.
 ??  ?? MEMPERLIHA­TKAN pembahagia­n ruang sempurna.
MEMPERLIHA­TKAN pembahagia­n ruang sempurna.
 ??  ?? SIAP dibina pada 1967, pemilik asal kediaman itu adalah pasangan Doris dan Norman.
SIAP dibina pada 1967, pemilik asal kediaman itu adalah pasangan Doris dan Norman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia