Harian Metro

CARI PENYELESAI­AN ISU UDARA

-

Air Asia (CAA) adalah organisasi bukan kerajaan antarabang­sa yang mengetuai misi serantau bagi kualiti udara lebih baik dan sihat.

Fokus utama CAA adalah mengurangk­an pencemaran udara dan pelepasan gas rumah hijau di lebih 1,000 bandar serata Asia.

Objektif pertubuhan itu dicapai menerusi dasar dan penganjura­n program membabitka­n kualiti udara, pengangkut­an dan pelepasan industri serta penggunaan tenaga.

CAA turut bekerjasam­a dengan kerajaan Malaysia seperti Kementeria­n

Tenaga dan Alam Sekitar, Kementeria­n Kesihatan dan Kementeria­n Pengangkut­an selain mengadakan usaha sama dengan bandar serata Asia, sektor swasta serta agensi pembanguna­n.

Tumpuan CAA turut terarah kepada menyediaka­n kepimpinan dan pengetahua­n teknikal dalam bidang kualiti udara, perubahan iklim, pengangkut­an dan logistik hijau.

Satu daripada acara terkemuka anjuran CAA adalah persidanga­n antarabang­sa ‘Better

Air Quality’ iaitu acara dwitahunan yang mula diperkenal­kan sejak 2002.

Program berkenaan mengumpulk­an ribuan pembuat dasar, pengamal akademik dan industri dalam mencari penyelesai­an membabitka­n isu udara bersih serta kawasan ideal untuk didiami.

Ibu Pejabat Clean Air Asia terletak di Manila, Filipina selain turut mempunyai pejabat di Beijing, China dan Delhi, India.

Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia

Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS) adalah badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah CAA untuk menangani isu kualiti udara di peringkat nasional dan global.

Ia didaftarka­n dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia itu memimpin misi kebangsaan untuk kualiti udara yang lebih baik.

MyCAS turut memberi sumbangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia