Harian Metro

REPLIKA KOTAK KASUT GERGASI

-

spesifikas­i kotak kasut saiz asal.

“Rata-rata penggemar kotak kasut gergasi ini adalah pengumpul atau peminat kasut berjenama jadi, kami ketengahka­n rekaan seperti reka bentuk kotak kasut sebenar.

“Memiliki kotak kasut gergasi sebagai tempat penyimpana­n khusus bukan saja memberi melindungi kasut mereka tapi dalam masa sama memberi nilai sentimenta­l,” katanya.

Kemasan yang halus dengan material berkualiti juga menjadikan kotak kasut gergasi sering diselitkan dalam dekorasi ruang kediaman mahupun pejabat.

Pengarah Operasi

Coisa Art, Mafuz Khan

Mer Amanullah Khan, 36, berkata, material utama yang digunakan bagi menghasilk­an kotak kasut gergasi adalah blok papan (block board) iaitu bahan sinonim dengan pembuatan kabinet dapur.

“Bahan yang digunakan lebih sesuai untuk kegunaan dalam rumah, tapi dari segi ketahanan ia semestinya tahan lasak dan cara penjagaan sama seperti kabinet dapur.

“Pemilik kotak kasut gergasi bukan saja menjadikan ia sebagai ruang penyimpana­n, tapi turut jadikan ia sebagai elemen hiasan dalam kediaman mereka.

“Produk tempahan khas ini juga memboleh pelanggan menzahirka­n idea masingmasi­ng. Kami pernah menerima tempahan kotak kasut mengikut rekaan beg tangan berjenama dan watak kartun kegemaran seperti Hello Kitty,” katanya.

Katanya, pelbagai jenis material bagi kemasan akhir turut diketengah­kan bagi memberi kelainan.

“Kotak kasut gergasi yang asas kebiasaann­ya mempunyai kemasakan pelekat (sticker) pada bahagian luar.

“Namun, bagi menyuntik kelainan kami turut tawarkan kemasan luaran dengan kesan timbul menggunaka­n material perspek.

“Bagi kemasan dalaman, kami tawarkan material seperti karpet, kulit dan

PVC sesuai yang lebih sesuai sekiranya kotak kasut itu dijadikan sebagai kotak pameran,” katanya.

Hasil penerimaan dan maklum balas positif daripada pengeluara­n kotak kasut gergasi, Coisa Art turut aktif mencipta produk baru bagi memberi pilihan kepada pengunjung yang inginkan sesuatu yang berbeza.

“Kami turut hasilkan meja kopi dwifungsi yang mempunyai ruang penyimpana­n rahsia bagi memberi alternatif kepada pengunjung sekiranya mengingink­an kelengkapa­n menarik dalam ruang kediaman mereka.

“Kami turut hasilkan ‘bench box’ menawarkan dua fungsi sebagai tempat duduk dan kotak penyimpana­n kasut yang juga mudah dialih ke mana-mana,” katanya.

Menurut Fadzline, Coisa Art juga dalam perancanga­n untuk menghasilk­an katil tidur untuk bayi menggunaka­n material dan konsep yang sama serta bakal diperkenal­kan pada hujung tahun ini.

Kunjungi Coisa Art yang terletak di No 17, Jalan PCR 3, Kawasan Perniagaan Cheras Raya, Batu 11 Balakong, Selangor atau layari Facebook The Coisa Art untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? KARPET, kulit dan PVC antara material yang digunakan untuk kemasan dalam kotak.
KARPET, kulit dan PVC antara material yang digunakan untuk kemasan dalam kotak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia