Harian Metro

ELAK BOROS BERBELANJA

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Ribuan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mula menjejak kaki di universiti tempatan atau swasta bulan lalu demi meraih segulung ijazah.

Penulis percaya, pastinya pengalaman ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada anda yang tidak biasa berjauhan dengan keluarga dan perlu belajar berdikari dalam semua perkara.

Selain perlu menyesuaik­an diri dengan persekitar­an baru, anda juga perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi beberapa hal seperti beban kewangan.

Keperluan kewangan untuk membeli makanan, bahan tugasan, pengangkut­an dan sebagainya kemungkina­n sekadar cukup makan jika hanya bergantung kepada elaun pinjaman pendidikan atau biasiswa.

Anda perlu bijak merancang perbelanja­an harian dan bulanan supaya tidak mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga menjejaska­n prestasi dalam pembelajar­an.

Oleh itu, kali ini Gen Y mahu kongsikan beberapa tip berguna bagi membantu anda merancang pengurusan dan menambah kewangan dengan bijak.

MAKANAN

Jangan ‘manjakan’ diri membeli atau makan makanan mahal kerana ia akan menyebabka­n duit poket anda berkuranga­n. Sedangkan anda boleh menggunaka­n wang itu untuk perbelanja­an selama dua hari.

Mungkin ada boleh mengajak rakan sebilik masak sekali dan berkongsi makanan. Jadi perbelanja­an barangan runcit dapat dikurangka­n selepas dibahagika­n bersama mereka.

Elak berbelanja barangan runcit ketika anda lapar! Kita biasanya terdorong mengikut nafsu untuk membeli pelbagai jenis makanan ketika perut kosong.

Kadangkala kita terlalu sibuk dengan tugasan kuliah dan memilih untuk makan di luar. Tiada masalah mahu berjimat kerana anda hanya perlu bijak memilih kedai makan dengan harga berpatutan atau memesan ‘nasi bujang’ yang popular dalam kalangan penuntut.

TAMBAH KEWANGAN

Kita tidak boleh mengharapk­an elaun pinjaman pendidikan atau biasiswa semata-mata untuk perbelanja­an di universiti. Mungkin anda boleh menceburi perniagaan secara dalam talian dengan bermula sebagai ‘dropship’ untuk menambah sumber kewangan.

Mesin pencetak anda mungkin jarang digunakan, lebih baik ambil peluang ini untuk menjalanka­n perniagaan mencetak tugasan kuliah rakan di bilik anda dengan harga berpatutan.

Sediakan makanan runcit seperti mi segera, minuman coklat, air kotak dalam kuantiti banyak di bilik anda untuk dijual kepada rakan yang ‘terdesak’ mendapatka­nnya pada waktu malam.

PENGINAPAN

Daripada pengalaman penulis sendiri, kebanyakan penuntut perlu mencari kediaman sendiri selepas dua semester pengajian. Anda boleh cuba cari kediaman yang dilengkapi dengan perabot dan menawarkan sewa bulanan yang berpatutan.

Cari lapan atau 10 rakan yang mahu menyewa rumah bagi mengurangk­an pembayaran sewa dan utiliti setiap bulan.

Penuntut biasanya tiada masa untuk menonton televisyen, jadi anda boleh berjimat lebih dengan tidak melanggan pakej televisyen satelit.

PENGANGKUT­AN

Gunakan pengangkut­an awam atau berjalan sekali gus boleh mengeluark­an peluh.

Jika anda membawa kereta ke tempat pengajian dan rakan serumah juga mempunyai kereta, cuba bergilirgi­lir memandu atau berkongsi satu kereta saja untuk menjimatka­n kos petrol.

Elak memandu kereta keluar dari kawasan universiti bagi tujuan sosial yang tiada kaitan dengan pelajaran.

BELI-BELAH DENGAN BIJAK

Tidak dapat dinafikan membelibel­ah menjadi kegilaan remaja masa kini apatah lagi semuanya hanya di hujung jari! Oleh itu, anda perlu berwaspada dan tidak mengikut nafsu tanpa membanding­kan harga terlebih dahulu.

Memang benar menjadi trend dalam kalangan penuntut yang mahu bergaya dengan barangan jenama mewah tetapi anda perlu ingat harga juga tidak menjamin kualiti sesuatu produk. Terdapat beberapa barangan dengan harga murah dan mampu bertahan lebih dari lima tahun. Sebenarnya mutu dan harga lebih penting daripada jenama!

Bagi penulis, barangan terpakai atau bundle seperti baju, seluar, kasut dan beg tangan juga cantik untuk digayakan. Anda hanya perlu pandai pilih yang bersesuaia­n dan mengikut trend fesyen semasa!

Hadkan penggunaan gajet seperti telefon pintar atau permainan video. Ini kerana kebanyakan penuntut obses dengan gajet menyebabka­n anda sering mahu menukar yang baharu mengikut peredaran teknologi tanpa memikirkan kemampuan masingmasi­ng.

Akibat mengikut nafsu, anda terpaksa mengikat perut atau meminjam wang daripada rakan untuk menunggu kemasukan elaun seterusnya.

Beberapa petua untuk penuntut baru jejak ke institusi pengajian tinggi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia