Harian Metro

BUKAN SEKADAR AKSESORI FESYEN

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Gelang tangan

berfungsi sebagai alat kemandiria­n hidup saat

berlaku kecemasan

Pemak aian gelang tangan begitu sinonim buat wanita, namun kini jejaka turut tidak ketinggala­n menjadikan aksesori itu sebagai pelengkap gaya.

Antara pengeluar gelang tangan khusus untuk maskulin, Gelang Manual turut tampil menghasilk­an aksesori fesyen yang eksklusif, ringkas dan bergaya.

Pengasasny­a, Shaifful Shazwan berkata, gelang itu amat istimewa kerana selain berfungsi sebagai aksesori fesyen ia juga berguna ketika berada dalam keadaan kecemasan kerana turut berfungsi sebagai alat kemandiria­n hidup.

Gelang buatan tangan itu dihasilkan daripada tali payung terjun atau dikenali sebagai paracord yang diperbuat menggunaka­n tenunan helaian tali nilon.

Menurutnya, tali paracord itu amat kuat dan pernah digunakan tentera Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua sebagai alat kemandiria­n hidup. Hingga kini ia masih menjadi peralatan wajib yang perlu ada untuk tentera dan mereka yang cintakan aktiviti luar seperti pendakian serta perkhemaha­n.

Sehubungan itu, Shaifful mengambil kesempatan menghasilk­an gelang buatan tangan daripada paracord yang sesuai digayakan sebagai aksesori fesyen melalui ikatan ringkas, tidak terlalu tebal dan warna yang mudah dipadankan dengan pakaian kasual untuk jejaka dan gadis yang menggilai aksesori gelang.

Koleksi itu terdapat dalam pelbagai edisi yang sudah terjual ratusan unit selepas dilancarka­n pada April lalu. Antara edisi koleksi itu adalah Edisi Syawal 2017 dilengkapi dengan loket batu pelbagai warna, Edisi Kecergasan pula dilengkapi loket berbentuk dumbel dan kepingan pemberat dan terbaru Edisi Patriot dilancarka­n bersempena Hari Kemerdekaa­n dan

Hari Malaysia yang diinspiras­ikan dari Jalur Gemillang.

Jenama itu kini dalam perancanga­n untuk menjadikan gelang sebagai aksesori wajib untuk kru penerbanga­n dan perkapalan yang bukan saja berfungsi sebagai aksesori pelengkap pakaian seragam bahkan salah satu alat kemandiria­n hidup sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan pada pesawat dan anak anak kapal.

Manual turut merancang untuk menjadikan gelang Edisi Patriot misalnya sebagai cenderahat­i pelanconga­n untuk pelancong asing yang menjadikan gelang paracord ini sebagai koleksi peribadi mereka berdasarka­n negara yang mereka lawati.

Diusahakan sepenuhnya di dalam talian, gelang tangan Manual boleh didapati pada harga berpatutan serendah RM49.

 ??  ?? PEMAKAIAN aksesori satu kemestian buat lelaki moden.
PEMAKAIAN aksesori satu kemestian buat lelaki moden.
 ??  ?? GELANG serba guna diperbuat daripada tenunan tali nilon.
GELANG serba guna diperbuat daripada tenunan tali nilon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia