Harian Metro

TAMPIL SOPAN BERGAYA

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Fabrik memainkan peranan penting dalam pemilihan pakaian wanita lebih-lebih lagi jika ingin digayakan di negara yang bercuaca panas seperti Malaysia.

Walaupun ada sesetengah fabrik yang digunakan untuk pakaian wanita menjadi ikutan masa kini, bukan semuanya sesuai dipakai setiap golongan.

Cuba lari daripada kebiasaan dan mengambil kira semua segi, Nadine.co tampil dengan busana buat wanita yang mementingk­an keselesaan dan gaya, tapi masih mengekalka­n batas syariat.

Membawa konsep kasual dan santai, pemiliknya,

Nur Maziani Mohd Azizi berkata, rekaannya dibuat berdasarka­n keperluan wanita yang mahu tampil sopan, pada masa sama bebas bergerak walaupun dalam cuaca panas.

Katanya, rekaan yang ringkas dan polos diterapkan dalam setiap rekaan supaya ia sesuai digayakan di tempat kerja mahupun sebagai pakaian harian.

Meskipun pelbagai rekaan moden dan terkini tampil di pasaran, menurutnya, koleksi dari butik itu tetap menampilka­n baju kurung sebagai produk utama selain kebarung, blaus dan jubah moden.

“Setiap rekaan juga sekurang-kurangnya didatangka­n dengan tiga hingga 20 warna pilihan, misalnya baju kurung polos biasanya kami akan hasilkan pelbagai warna untuk memberi banyak pilihan buat pelanggan.

“Apabila menghasilk­an pakaian menutup aurat, kami akan pastikan material yang digunakan berkualiti tinggi, tidak panas dan sesuai dengan cuaca di negara ini,” katanya.

Katanya, menutup aurat dan bersederha­na adalah ciri yang diberi keutamaan dalam melahirkan rekaan. Ini kerana katanya, dengan trend terkini agak sukar mendapatka­n pakaian yang menutup aurat sepenuhnya.

Oleh itu katanya, rekaan pakaian di butik itu dipastikan direka dengan potongan longgar dan sesuai

 ??  ?? KURUNG peplum turut mendapat sentuhan gaya terkini.
KURUNG peplum turut mendapat sentuhan gaya terkini.
 ??  ?? KURUNG moden corak bunga mendapat sambutan pelanggan.
KURUNG moden corak bunga mendapat sambutan pelanggan.
 ??  ?? BLAUS labuh untuk Muslimah aktif.
BLAUS labuh untuk Muslimah aktif.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JUBAH polos ringkas tapi menyerlah gaya.
JUBAH polos ringkas tapi menyerlah gaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia