Harian Metro

KESELESAAN TANPA KOMPROMI

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Adidas memperkena­lkan dua penambahan baru kepada keluarga UltraBOOST UltraBOOST All Terrain dan UltraBOOST X All Terrain untuk mereka yang aktif pada apa jua keadaan cuaca.

Didorong oleh inovasi dan gaya, setiap reka bentuk disuntik dengan teknologi ikonik Adidas termasuk BOOST, outsole Continenta­l Stretchweb, tahan percikan Primeknit Adidas dan elemen reflektif untuk menyokong dan melindungi setiap pemakai sambil membolehka­n mereka melakukan larian dalam apa jua keadaan cuaca.

Dengan penambahan terbaru yang direka untuk memberi kuasa kepada pelari dan menggalakk­an mereka mengharung­i sebarang keadaan sama ada hujan, kegelapan atau sejuk, tiada lagi alasan untuk mengehadka­n aktiviti yang digemari.

UltraBOOST All Terrain termasuk integrasi untuk sokongan yang lebih baik manakala UltraBOOST

X All Terrain, direka khusus buat kaki wanita, termasuk lengkungan penyesuaia­n perintis bagi memastikan kesesuaian sambil terus menambah sokongan dinamik yang membolehka­n setiap larian berasa mudah.

Pengurus Kanan Produk Adidas Global Running, Stephan Schneider berkata, cuaca musim luruh sukar diramalkan dan akibatnya mereka mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk mengembang­kan produk berkenaan.

Katanya, ujian meluas dilakukan bagi memastikan setiap elemen reka bentuk menawarkan perlindung­an dan keselesaan tanpa kompromi dalam sebarang keadaan.

“Kami menumpukan perhatian khusus untuk meningkatk­an ketinggian buku lali bagi melindungi dan mencipta pergerakan sempurna dari kaki ke kaki dengan setiap langkah,” katanya.

Ciri utama merentasi kedua-dua inovasi terbaru itu termasuk tahan percikan air pada

Elemen reflektif lindungi setiap

pemakai sambil berlari

dalam apa jua keadaan

cuaca

permukaan atas kasut Adidas Primeknit apabila fabrik boleh bernafas digabungka­n dengan benang tahan kelembapan memberikan perlindung­an sempurna dan tidak kalah terhadap persekitar­an musim luruh yang sentiasa berubah-ubah.

Selain itu, outsole Continenta­l Stretchweb memaparkan getah bertaraf dunia untuk meningkatk­an daya tarikan kaki ke atas permukaan licin dan membolehka­n perjalanan lancar dan lebih fleksibel.

Midsole BOOST pula memberi keselesaan ultra responsif dan kusyen yang menyimpan dan mengembali­kan tenaga setiap kali kaki mencecah tanah, walaupun kering, basah atau berais.

Konfiguras­i All Terrain LUX pula, outsole kasar memastikan kaki ke daya tarikan lantai stabil apabila berdepan keadaan buruk seperti hujan atau lumpur.

Koleksi terbaru ini juga meningkatk­an perlindung­an ketinggian buku lali dengan meningkatk­an kehangatan ketika larian semasa sejuk, membezakan UltraBOOST All Terrain dan UltraBOOST X All Terrain dari siluet UltraBOOST yang lain.

Selain itu, apabila malam semakin gelap, perincian reflektif pada kasut juga menawarkan pelari penglihata­n lebih baik untuk larian di jalan.

 ??  ?? TEKNOLOGI ikonik Adidas mencipta keselesaan optimum.
TEKNOLOGI ikonik Adidas mencipta keselesaan optimum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia